Air Asia Terima Ancaman Bom Di Terminal KLIA2

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.52.17

SEPANG, 3/8/2016 – Ratusan penumpang penerbangan tambang murah, Air Asia di terminal tambang murah baharu, KLIA2 di sini cemas apabila sebuah pesawat milik syarikat itu menerima ancaman bom.

Difahamkan, ekoran ancaman itu penerbangan pesawat tersebut terpaksa ditangguhkan.

Jurucakap AirAsia ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan mengenai insiden tersebut.

Dalam pada itu, Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) ketika dihubungi mengesahkan mengenai ancaman bom melibatkan pesawat AirAsia di KLIA2.

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.52.18

“MAHB telah dimaklumkan mengenai ancaman bom oleh syarikat berkenaan dalam pesawatnya di KLIA2, sehubungan itu pihak MAHB sedang bekerjasama dengan AirAsia dan pihak bertanggungjawab bagi menangani isu ancaman tersebut.

“Buat masa ini ancaman tersebut tidak menjejaskan operasi penerbangan syarikat lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam kenyataan di sini.

– UTUSAN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s