Cubaan Rasuah Penguatkuasa Wanita Di Tahan

Posted on

Mahkamah1-600x320

SINGAPURA: Seorang wanita Singapura didakwa hari ini (3 Ogos) kerana cuba menyogok seorang pegawai polis.

Zhu Kuai, 42 tahun, didakwa melakukan demikian ketika satu operasi penguatkuasaan di Fortune Centre.

Zhu menawarkan S$10,000 kepada Penolong Superintendan Polis, Chan Wai Hoong untuk menghentikan siasatan terhadap penglibatannya dalam kesalahan lain yang mungkin dilakukannya di bawah Piagam Wanita, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Pegawai itu bagaimanapun menolak wang sogok itu dan menangkapnya kerana cuba menyogok beliau.

Mengulas tentang insiden itu, ASP Chan berkata dalam catatan di Facebook: “Saya komited kepada tugas saya sebagai pegawai polis dan nilai-nilai integriti serta kesetiaan adalah penting kepada saya.”

Jika sabit kesalahan, Zhu boleh didenda sehingga S$100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia masih disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan maksiat di bawah peruntukan Piagam Wanita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s