Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan FAM, 3 Ogos 2016

Posted on

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada 3 Ogos 2016 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1. Rayuan pemain pasukan Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 9 Jun 2016 berhubung kes  tindakannya berkelakuan ganas terhadap pemain pasukan Selangor semasa perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Selangor pada 21 Mei 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Hukuman penggantungan perlawanan terhadap Pemain, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ditingkatkan menjadi enam (6) perlawanan seperti berikut:

i. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Terengganu lawan Kelantan pada 15 Julai 2016 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak (penggantungan perlawanan secara automatik);

ii. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Pahang pada 23 Julai 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu;

iii. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Johor Darul Ta’zim lawan Kelantan pada 26 Julai 2016 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin;

iv. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan Felda United FC pada 3 Ogos 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu;

v. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Kelantan lawan T-Team pada 6 Ogos 2016 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu; dan

vi. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Pulau Pinang lawan Kelantan pada 16 Ogos 2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Hukuman denda berjumlah RM2,000 diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap Pemain dikekalkan.

2. Rayuan pegawai pasukan Kuantan FA, Zulhamizan Zakariah terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 30 Mac 2016 berhubung kes tindakannya berkelakuan ganas terhadap pegawai perlawanan dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan UiTM FC menentang pasukan Kuantan FA di Stadium UiTM, Shah Alam pada 26 Februari 2016 dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan semasa perlawanan Piala FA 2016 antara pasukan Perak lawan Kuantan FA di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Mac 2016.

Rayuan Pegawai, Zulhamizan Zakariah terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM adalah ditolak.

Hukuman penggantungan tujuh (7) bulan daripada terlibat dengan sebarang perlawanan pertandingan bola sepak Malaysia dan hukuman denda berjumlah RM3,000.00 adalah dikekalkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s