PokemonGo,! Seorang Remaja Perempuan Maut Dilanggar

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.55.58SEORANG remaja wanita maut dilanggar lari sebaik sahaja selesai bermain permainan popular, Pokemon Go ketika bersama rakannya di Melbourne, Australia, kelmarin.

Tanami Nayler, 22, diseret sejauh 70 meter ketika sedang melintas di laluan pejalan kaki dan pemandu kereta yang melanggarnya didakwa memandu selaju 100 kilometer sejam.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa dan rakannya dilaporkan baru sahaja selesai memburu karakter Pokemon dan mahu membeli makanan di kedai berhampiran.

Menurut laporan Dailymail, mangsa tidak memegang telefon bimbit apabila dilanggar oleh kereta jenis Toyota Corolla yang dipercayai dicuri.

Pencuri kereta itu, Nicholas Michael Davison yang kemudian melanggar lampu merah sebelum melanggar pokok dan tiang.

Rakan Nayler yang tidak mahu dikenali, tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.55.56

Pemandu terbabit yang berasal dari New Zealand kemudiannya ditahan dan didakwa memandu secara berbahaya, mencuri, langgar lampu merah dan langgar lari.

Pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes itu, Inspektor Stuart McGregor menyifatkan tragedi tersebut sebagai menyedihkan kerana mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

“Mangsa berjalan di laluan yang betul tetapi maut gara-gara sikap orang lain. Suspek berdepan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s