Ribut Berlaku Di Bintulu

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.54.47
3 Ogos – BINTULU : Ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang yang berlaku bermula kira – kira pukul tiga pagi tadi di Bintulu, beberapa pokok tumbang dan mengakibatkan laluan jalan raya tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pihak Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu menerima panggilan pertama pukul empat pagi tadi daripada orang awam mengenai kejadian atap rumah diterbangkan angin iaitu melibatkan tujuh buah rumah sewa di Taman Beverly Hill.

Menurut Penyelia Operasi, PBK II Zulkifli Narawi semasa dalam perjalanan ke lokasi kejadian pihak mereka telah melakukan operasi membersihkan laluan jalan raya akibat pokok tumbang.

WhatsApp Image 2016-08-03 at 23.54.49

Operasi pihak Bomba melibatkan 18 – anggota dan pegawai yang melibatkan dua syif bertugas bagi kerja – kerja pembersihan laluan jalan.

Bagaimanapun ujarnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Antara lokasi yang terjejas akibat pokok tumbang iaitu di laluan Jalan Tanjung Kidurong.

Beberapa pokok tumbang mengakibatkan satu laluan menghala ke kawasan perindustrian Kidurong yang digunakan pekerja industri kawasan tersebut tidak dapat digunakan.

Kenderaan bermula dari persimpangan lampu isyarat Nyabau – Kidurong dilencongkan menggunakan laluan sebelah kiri, iaitu jalan menghala ke pusat bandar Bintulu.

Sementara itu, hasil tinjauan RTM kedua – dua lorong Jalan Tanjung Kidurong berdekatan perumahan MLNG dan Kelab Kidurong tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Pihak Bomba dibantu Bahagian Landskap Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), JPAM, Unit Penguat kuasa BDA, Polis, pekerja Pertama Ferroalloys dan orang awam melakukan kerja – kerja pembersihan di kawasan terlibat.

Trafik di laluan tersebut hanya dapat digunakan sepenuhnya pukul 11 pagi setelah kerja – kerja pembersihan dan pengalihan berjaya dilakukan oleh pihak terlibat./NASS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s