Apa Yang Paling Ditakuti Oleh Abu Kassim, Gani dan Zeti?

Posted on

zeti-gani-abu-530x290

Ketiga-tiga Tan Sri – bekas ketua SPRM Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan bekas Gabenor Bank Negara Dr. Zeti Akhtar Aziz – lega apabila Ketua Polis Negara (KPN) mengumumkan siasatan terhadap laporan polis Khairul Azwan Harun telah ditutup (dan ditanda NFA atau ‘No Further Action’).

Tindakan ini memberi nafas baru dalam kehidupan ketiga-tiga Tan Sri tersebut kerana jika diteruskan juga siasatan tersebut, perubahan drastik boleh berlaku kepada mereka. Siasatan itu bukan sahaja akan membuktikan kebenaran kata-kata Khairul, malah membongkar banyak rahsia lain termasuk rahsia yang mereka mahukan untuk terus terkubur.

Bagi mereka yang mengikuti kisah 1MDB, ia telah dijelaskan satu-persatu oleh Malaysia Today sejak awal 2015, kebanyakan berita merupakan ‘berita lama’. Namun, manusia mempunyai ingatan yang singkat, ramai yang mungkin lupa apa yang telah berlaku sepanjang 18 bulan yang lepas. Biar saya ceritakan kembali.

Semasa KPN mengumumkan polis akan menyiasat laporan polis Khairul, orang-orang Kempen Anti-Najib (ANC) panik, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketiga-tiga Tan Sri juga turut ketakutan kerana siasatan itu akan merangkumi semua peristiwa dari paling awal dan kebanyakan usaha mereka untuk menggulingkan Najib adalah melanggar undang-undang.

Banyak lagi isu yang tidak terjawab dan banyak rahsia yang masih belum dikuburkan sepenuhnya lagi. Jika ada yang cuba untuk menyiasat, ketiga-tiga Tan Sri akan berdepan dengan situasi yang sukar. Oleh itu, mereka tidak mahu siasatan mendalam dilakukan terhadap laporan polis Khairul supaya tiada yang terbongkar.

Jika Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan bahawa Abu Kassim, Gani dan Zeti terlibat dengan pengintipan dan pengkhianatan menerusi perbuatan mereka memberi maklumat rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan maka perkara buruk akan berlaku. Malah, Mukhriz Mahathir sendiri akui dua hari lepas bahawa objektif mereka adalah untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Mahathir juga mengaku berulang kali bahawa kemahuannya hanyalah untuk menggulingkan Perdana Menteri, walaupun melalui demonstrasi jalanan ataupun huru-hara jika perlu.

Bukan satu rahsia malah tidak dinafikan langsung yang mereka ingin memulakan satu ‘Malaysian Spring’ sama seperti yang terjadi di beberapa negara Timur Tengah. Mahathir juga mendakwa mereka memerlukan pertolongan negara asing untuk menjatuhkan kerajaan. Semua ini telah dinyatakan secara terbuka dan mereka berharap AS akan campur tangan untuk menggulingkan Perdana Menteri dan BN.

Apabila Pasukan Petugas Khas ditubuhkan dan siasatan ke atas tuduhan terhadap ketiga-tiga Tan Sri dilancarkan, semuanya akan terbongkar. Ketiga-tiga Tan Sri dan banyak lagi dalam ANC tidak akan dapat melarikan diri daripada tuduhan pengintipan dan pengkhianatan dengan memberikan rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa luar.

Satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat 1MDB telah ditubuhkan tanpa kebenaran Kabinet pada Mei 2015. Ini adalah kenyataan akhbar yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas itu pada 7 Julai 2015.

Siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap Tuduhan Memindahkan Dana ke dalam Akaun Perdana Menteri Kenyataan Media Berikutan kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petuga Khas berharap untuk menyediakan maklumat terbaru mengenai tindakan terbaru pasukan itu. Satu arahan pembekuan 6 akaun bank parti-parti yang disyaki terlibat dengan isu itu telah dikeluarkan pada 6 Julai 2015. Pasukan Petugas Khas telah merampas semua dokumen berkaitan dengan 17 akaun daripada 2 bank untuk membantu siasatan. Pasukan Petugas Khas juga telah merampas dokumen-dokumen berkaitan dengan peraturan-peraturan dan prosidur-prosidur Bank Negara Malaysia yang dilanggar oleh kesemua bank yang terlibat. Siasatan masil lagi dijalankan. Pasukan Petugas Khas meminta semua parti untuk memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyempurnakan siasatan. Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor, Bank Negara Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis, Polis DiRaja Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 7 Julai 2015

Malaysia Today pernah menulis sebelum ini. Pasukan Petugas Khas ditubuhkan pada Mei 2015 ini sebagai respon kepada laporan The Wall Street Journal mengenai 1MDB pada awal Julai 2015, sekitar waktu kenyataan akhbar di atas dibuat.

Tetapi bagaimana mereka boleh menubuhkan Pasukan Petugas Khas pada Mei 2015 sebagai respon kepada laporan The Wall Street Journal mengenai 1MDB yang diterbitkan dua bulan kemudian pada awal Julai 2015? Tambahan lagi, pasukan ini ditubuhkan secara rahsia tanpa pengetahuan atau persetujuan Kabinet.

Jadi, Pasukan Petugas Khas ini bukanlah ditubuhkan untuk menyiasat laporan The Wall Street Journal seperti yang mereka dakwa. Ia ditubuhkan dua bulan SEBELUM laporan The Wall Street Journal. Tujuan sebenar penubuhan pasukan itu adalah untuk membantu The Wall Street Journal menghasilkan laporannya tersebut. Dalam erti kata lain, ‘sumber-sumber dalaman siasatan’ yang dipetik oleh The Wall Street Journal sebenarnya adalah ahli-ahli Pasukan Petugas Khas tersebut.

Inilah perkara yang ketiga-tiga Tan Sri takut terbongkar jika polis menyiasat laporan polis Khairul dan siasatan dilakukan sejak bermulanya isu 1MDB. Semua peristiwa akan terbongkar berikutan tuduhan yang mengaitkan ketiga-tiga Tan Sri dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri.

Semua berita tentang bagaimana Pasukan Petugas khas itu ditubuhkan sebagai tindak balas dan untuk menyiasat laporan The Wall Street Journal akan terbukti karut semata-mata. Apa yang akan terbukti sebaliknya adalah pasukan itu ditubuhkan untuk membantu The Wall Street Journal dalam menerbitkan laporan mereka itu. Dan ‘sumber-sumber dalaman siasatan’ yang dipetik The Wall Street Journal merupakan ketiga-tiga Tan Sri yang mengetuai Pasukan Petugas Khas itu.

Apa yang akan turut terbongkar adalah kertas dakwaan, yang SPRM keluarkan adalah palsu, ia telah disediakan pada Mei 2015, SEBELUM pertubuhan Pasukan Petugas Khas dan SEBELUM laporan The Wall Street Journal. Jadi, mereka telah merancang untuk mengugut Najib dengan penangkapan jika dia tidak meletakkan jawatan bukan sebab siasatan oleh Pasukan Petugas Khas ataupun laporan The Wall Street Journal, seperti yang mereka katakan.

Dan siasatan juga akan membongkar bagaimana Sarawak Report memiliki salinan kertas dakwaan dan banyak lagi dokumen lain dan daripada siapa, yang mana kebanyakkan orang sudah tahu. Hakikat bahawa Sarawak Report sentiasa satu langkah dihadapan media utama Malaysia juga sepatutnya cukup untuk membuktikan mereka ada ‘sumber-sumber dalaman siasatan’ seperti yang mereka dan The Wall Street Journal sama-sama mendakwa.

Apa yang lebih menarik adalah siasatan itu akan mendedahkan bahawa Abu Kassim sejak mula lagi mengetahui tentang RM2.6 bilion dan fakta bahawa duit itu bukannya datang daripada 1MDB sebaliknya daripada penderma dari Arab – yang mana beliau hanya umumkan pada Ogos 2015 walaupun pada hakikatnya dia telah lebih awal mengetahui hal tersebut.

Ia juga akan turut mendedahkan bahawa Zeti juga tahu perkara berkaitan dengan RM2.6 bilion itu dan bahawa duit itu bukannya daripada 1MDB tetapi daripada penderma Arab. Zeti juga sebenarnya tahu tentang fakta tersebut dan sentiasa dimaklumkan tentangnya dan dia juga memberi cadangan cara terbaik untuk melakukannya untuk mengelakkan sebarang syak wasangka dan permasalahan. Kesimpulannya, RM 2.6 bilion itu dipindahkan berdasarkan cadangannya.

Perkara yang akan ditanya adalah: jika Zeti tahu tentang RM2.6 bilion itu selama ini, sama juga seperti Abu Kassim, dan jika semua proses bukan sahaja diatur dengan pengetahuannya tetapi juga berdasarkan cadangannya, kenapa dia berdiam diri selama ini? Kenapa Zeti tidak mengesahkan yang mana RM2.6 bilion itu merupakan hasil derma daripada penderma Arab dan bukannya dicuri daripada 1MDB?

Mahathir mendakwa RM42 bilion dan berkemungkinan lebih daripada RM50 bilion duit 1MDB telah hilang. Maksudnya 100% atau mungkin juga 120% duit 1MDB telah dicuri. Bank Negara sepatutnya tahu kesahihannya kerana ia merupakan jumlah yang terlampau besar untuk lenyap begitu sahaja. Mengapa Zeti berdiam diri tentang tuduhan Mahathir itu?

Zeti gagal menjalankan tanggungjawabnya dan dia membenarkan penipuan RM42 bilion dan berkemungkinan lebih daripada RM50 bilion duit 1MDB yang telah hilang untuk berterusan, termasuklah penipuan tentang RM2.6 bilion duit 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Zeti hanya perlu bersuara tentang kebenaran yang dia tahu, tetapi da memilih untuk berdiam diri dan membiarkan penipuan itu berterusan walaupun dia sebenarnya boleh menghentikannya sejak setahun yang lalu.

Itulah perkara-perkara yang akan terbongkar jika siasatan itu dilakukan. Oleh sebab itulah ketiga-tiga Tan Sri itu berasa takut dan kemudiannya lega apabila KPN mengumumkan ‘penutupan kes dan NFA’. Ketiga-tiga Tan Sri sepatutnya melutut dan mencium kaki KPN (atau mungkin mereka telah pun melakukannya).

Mengapa ketiga-tiga Tan Sri tersebut mengambil begitu banyak risiko pergi ke US untuk memberi maklumat rahsia kerajaan Malaysia kepada kerajaan US apabila mereka sendiri mempunyai banyak perkara yang dirahsiakan dan tidak boleh dibongkar? Maksud saya, kita bercakap tentang pengintipan dan pengkhianatan, jadi, apa yang membuatkan mereka sanggup mengambil risiko tersebut?

Mereka sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain. Seperti yang ditulis oleh Malaysia Today sebelum ini, Mahathir suka bekerja dengan mereka yang mempunyai banyak rahsia dan dia akan melantik mereka ini ke jawatan yang penting kerana mereka ini boleh diugut.

Seperti Abu Kassim, Gani dan Zeti, yang mana sebahagian besar rakyat Malaysia tahu mereka ini mempunyai banyak rahsia. Mahathir mempunyai dokumen tentang mereka ini dan akan mendedahkan rahsia mereka jika mereka tidak melakukan seperti yang dia suruh. Ini juga akan terbongkar melalui siasatan tersebut.

Suami Zeti terlibat dengan skandal pencetakkan mata wang, Gani terlibat dengan skandal Pulau Batu Puteh ataupun Pedra Branca, sementara Abu Kassim terlibat dengan skandal Amanah Raya bersama-sama dengan Rashpal Singh, orang tengah antara SPRM dan Sarawak Report, menurut Raja Petra lagi.

Ketiga-tiga mereka mempunyai skandal tersendiri. Mahathir memiliki fail-fail mereka. Jadi, mereka tidak ada pilihan melainkan mengikut kata Mahathir ataupun rahsia mereka akan dibongkarkan. Oleh sebab itu, Mahathir berjaya menghantar mereka ke US untuk memberi maklumat rahsia kerajaan Malaysia kepada kuasa asing walaupun dengan risiko dituduh mengkhianat. Ini kerana Mahathir mengugut mereka dengan rahsia mereka.
– Malaysia Today

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s