Bagi Pembangkang, Rugi Salah Untung Pun Salah

Posted on

13887081_1839041952981257_7381209947500449362_n

Rugi salah, Untung pun salah!!

Sebelum ini Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata keputusan Tabung Haji untuk menjual aset bernilai di London untuk keuntungan jangka masa yang pendek sangatlah merugikan untuk menjadi dana haji yang mampan.

“Jika praktis sebegitu berterusan dan diterima sebagai sebahagian daripada praktis korporat Tabung Haji, ianya hanyalah merugikan semata-mata untuk memberi gambaran positif berkenaan keadaan politik masa kini,” Salahuddin berkata.

Tak habis-habis Amanah dan Pakatan menyerang Tabung Haji.

Malam semalam, bank pusat England mengumumkan pakej rangsangan yang besar dan juga mengurangkan kadar faedah kepada yang terendah yg pernah dibuat sebanyak 0.25% untuk menghalang England daripada mengalami kemelesetan kerana BREXIT.

Ini mengakibatkan kemerosotan nilai pound UK, dimana sekarangnya adalah UK£1 = RM5.29.

Tambahan pula, sektor hartanah UK sudah dalam trend menurun dan dijangka akan kehilangan 20% kerana banyak syarikat menghentikan operasi mereka di UK kerana BREXIT.

Tabung Haji membeli aset London pada Feb 2013 dengan harga £205 juta semasa kadar pertukaran mata wang UK£ adalah RM4.75 – bermakna harganya adalah RM973 juta.

Bermakna, kenaikan sebanyak 72% atau keuntungan sebanyak RM701j hasil perlaburan RM973j dalam tempoh 2 ½ tahun!

Mana nak dapat? Nampaknya Tabung Haji telah merancang kesemuanya dengan sempurna.

Jikalah Tabung Haji mendengar nasihat perlaburan PAN dan tidak menjual asset itu pada November, asset ini mungkin akan bernilai UK£200 X 5.29 = RM1.058 bilion.

Potensi jumlah kerugian sebanyak RM630 juta.

Adakah Amanah akan memberi pampasan kepada Tabung Haji sebanyak RM630j jika Tabung Haji mendengar nasihat mereka?

Saya rasa tidak.

Walaupun hanya segelintir yang meramalkan BREXIT tetapi Amanah sepatutnya berhenti daripada berlakon menjadi penasihat perlaburan dan biarkan pakar-pakar dalam Tabung Haji yang menguruskan perlaburan mereka.

Jika Tabung Haji berasa keuntungan 72% dalam tempoh 2 ½ tahun adalah bagus dan mereka patut mengambil keuntungan tersebut, biarkan mereka berbuat demikian! Tidak perlulah PAN hendak menghentam mereka.

Tabung Haji tidak perlu mendengar nasihat perlaburan daripada parti yang tidak tahu langsung untuk mencipta logo sendiri dan hanya menciplak logo mereka berkali-kali sehingga ia menjadi seperti bak chang atau roti tisu.

OLEH : LIM SIAN SEE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s