BN Terengganu Akan Cuba Elak PRN, Tetapi Akan Bersedia Jika Terpaksa

Posted on

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman mengatakan bahawa kerajaan negeri tersebut mahu mengelak dari berlakunya pilihan raya negeri (PRN), namu tidak menolak kemungkinan akan diadakan jika keadaan terus mendesak sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik berpanjangan.

Menurutnya, meskipun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di negeri itu telah bersedia menghadapinya, namun, dengan dua kali pilihan raya yang perlu diadakan, pihaknya sedaya upaya akan berusaha mengelak kerana merugikan masa, menelan belanja yang besar dan menyusahkan rakyat.

“Apabila buat pilihan raya umum selain untuk kerusi Parlimen, kena buat sekali lagi untuk kerusi negeri, bermakna Terengganu kena buat dua kali (pilihan raya). Ini akan merugikan rakyat dengan keadaan kewangan sekarang atau kegawatan ekonomi.

“Jika buat pilihan raya sekarang ini belanjanya bukan sedikit…bila pilihan raya umum nanti kena buat sekali lagi, jadi Terengganu kena buat dua kali dan kos ini akan merugikan rakyat dan kita sedia maklum dengan cabaran ekonomi semasa.

“Tetapi jika keadaan terpaksa..kerajaan negeri bersiap sedia, kita beri jaminan bahawa kerajaan negeri, Badan Perhubungan UMNO negeri bersiap sedia sebarang kemungkinan..tiada masalah tetapi demi untuk rakyat kita minta perkara ini dapat dipertahankan sampailah pilihan raya umum berlaku,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, semalam.

Yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dalam pada itu, beliau turut diminta untuk mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jakarta, Indonesia semalam mengenai kebarangkalian PRN Terengganu akan diadakan berikutan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu.

Sesetengah pihak kini membayangkan sidang Dewan Undangan Negeri yang bakal berlangsung pada 8 Ogos ini akan menjadi penentu kepada masa depan Ahmad Razif dan kerajaan BN sekiranya bekas Menteri Besar, Ahmad Said yang mahu menyingkirkan penggantinya dan bertindak meninggalkan parti.

“Sidang DUN akan berjalan seperti biasa. Perkara ini timbul kerana banyak persepsi, banyak kepada khabar angin..saya rasa tiada masalah. Sidang dewan akan berjalan seperti biasa dan akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Ahmad Said bagaimanapun dilaporkan tidak menyatakan langkah susulan yang diambil setelah tiada notis dihantar kepada pihak Dewan untuk sekali lagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif setelah cubaan pertamanya ditolak.

Pada masa sama, Ahmad Razif berkata, buat masa ini kerajaan negeri bersungguh-sungguh akan mempertahankan kerajaan sedia ada sehinggalah pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, meskipun berlaku pelbagai kemelut, beliau tetap positif dan yakin Barisan Nasional mampu memperoleh kemenangan seperti pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor namun masih berharap PRN di negeri ini tidak akan berlaku demi kepentingan rakyat.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s