Harta Benda Awam Apa Lagi Yang “BERSIH Mahu Rosakan”?

Posted on

bersihan-3

BERSIH atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah ditubuhkan pada 23 November 2006 atas rasa tidak puas hati sesetengah pihak khususnya pemimpin pembangkang terhadap siri kejayaan gemilang komponen Barisan Nasional (BN) dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK).

Walaupun telah berulang kali pilihanraya diadakan dengan menyaksikan beratus-ratus penambahbaikan dan ketelusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun pemimpin pembangkang masih tidak mampu meyakinkan rakyat untuk memberi mandat kepada parti mereka bergelar pemerintah negara.

Disebabkan rasa ‘fade up’ dan tidak puas hati itulah, barisan parti pembangkang dengan kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) bertekad menubuhkan BERSIH pada tahun berkenaan.

BERSIH bermula dengan menganjurkan perhimpunannya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3 petang. Para pemimpin utama dari pembangkang turut hadir.

bersih-ganas

Walaupun baru pertama kali dianjurkan, BERSIH telah menunjukkan sikap sebenar mereka dengan insiden mengoyak gambar Pengerusi SPR (ketika itu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kerana dianggap badan bebas berkenaan ‘berat sebelah’ dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.

Penganjuran BERSIH buat pertama kali di tahun 2007 agak gagal dan kurang mendapat sambutan serta sedikit serabut kerana pertama kali diadakan. Lalu mereka bertindak menganjurkan siri BERSIH 2.0 pada 2011 yang menyaksikan pertembungan dengan kumpulan pro-kerajaan yang digelar “Patroit”, kebanyakannya dianggotai oleh para Pemuda UMNO Malaysia.

Pada BERSIH 2.0 ini juga turut melibatkan beberapa insiden rempuhan sekatan pihak berkuasa, dipercayai didalangi dan atas arahan pemimpin utama parti pembangkang. Mengakibatkan ramai peserta BERSIH 2.0 ditahan dan beberapa kemudahan awam sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur musnah teruk.

Kerana tidak berpuas hati dengan pertembungan tersebut, BERSIH sekali lagi menganjurkan BERSIH 3.0 pada tahun berikutnya dengan slogan “duduk bantah”. Asalnya, mereka hanya mahu melakukan demonstrasi jalanan itu dengan cara duduk sebagai tanda membantah Kerajaan Malaysia.

Namun, BERSIH 3.0 inilah yang terburuk dalam sejarah negara apabila begitu banyak insiden kerosakan berlaku. Insiden paling diingati adalah tatkala para pendemo BERSIH 3.0 cuba menghalang sebuah kenderaan rasmi Polis sehingga mengakibatkan pemandu berkenaan merempuh bangunan Kompleks Membeli Belah SOGO, Kuala Lumpur.

Lebih menjijikkan, para demonstran selepas itu merosakkan kenderaan rasmi Polis tersebut dan menembalikkan kenderaan itu, serta beberapa orang telah ditumbuk sehingga berdarah. Inikah erti demokrasi yang dituntut oleh mereka?

Ternyata insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 itu benar-benar mencemarkan nama baik parti pembangkang sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang mula mengecam tindakan demonstrasi jalanan.

Kerana desakan dari “tangan asing”, pembangkang tidak berdiam diri begitu sahaja. Pada 29 dan 30 Ogos 2015, buat pertama kalinya BERSIH 4.0 dianjurkan untuk dua hari satu malam.

Dimasa rakyat Malaysia mahu meraikan Hari Kebangsaan Negara, BERSIH 4.0 telah menghimpunkan kira-kira 50 ribu orang yang 80 peratus daripadanya adalah berbangsa Cina.

Pada BERSIH 4.0 kali ini, insiden paling menghiris hati adalah ada dari kalangan demonstran berbangsa Cina yang dengan sengaja memijak gambar Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Malah, ada juga dikesan demonstran BERSIH 4.0 berkelakuan tidak senonoh, tidur tanpa menghiraukan jantina, umat Islam menggunakan gereja untuk tempat menginap dan berkelimpangan botol-botol minuman keras.

Dan sekarang mungkin kerana suruhan “tangan asing”, sekali lagi BERSIH bercadang untuk menganjurkan BERSIH 5.0 pada tahun 2016 ini. Mereka hanya menggunakan alasan isu 1MDB untuk mengumpul demonstran dari seluruh negara.

Menurut sumber terdekat, berkemungkinan BERSIH 5.0 akan dianjurkan sekitar bulan September ini dengan jangkaan yang lebih tinggi. Berbeza dengan sebelum ini, pihak penganjur terpaksa “mewar-warkan” atau mempopularkan terlebih dahulu BERSIH 5.0 ini untuk mencari minat rakyat.

Soalnya sekarang, adakah masih tidak cukup dengan segala bukti dan kesan kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh para demonstran BERSIH sejak 2007 hingga 2015? Bukti-bukti tersebut bukannya sukar untuk dicari, ia amat mudah jika kita mahu melihatnya. Hanya dengan klik di hujung jari, pastinya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis kerosakan yang dilakukan hasil tangan para demonstran BERSIH.

Maka, pihak berkuasa tidak ada alasan untuk membiarkan BERSIH 5.0 dianjurkan lagi. Sudah tiba masanya pihak berkuasa memandang serius akan perkara ini dan mengambil tindakan paling serius dan maksima mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam negara kita.

Bukan niat menuduh bahawa pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan, namun maksudnya di sini adalah perlunya pihak berkuasa bertindak dengan bertambah serius dan bertambah tegas terhadap mereka-mereka yang tidak pernah “makan saman” seperti ini.

Jika BERSIH mengatakan bahawa mereka ada 100 ribu penyokong yang mahukan negara ini “dibersihkan”, sedarlah bahawa ada lebih 25 juta rakyat Malaysia yang masih berdiam diri dan mahu “BERSIH dibersihkan” dari negara ini.
–Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s