Hindari Dari Golongan “BATU API”

Posted on

Perhimpunan-Agung-UMNO-2014-768x443

DALAM UMNO, 191 bahagiannya ibarat ‘jantung’ parti.

Setelah lebih 21,502 cawangan parti menyudahkan mesyua­rat masing-masing antara 18 Mac hingga 1 Mei, kini tiba pula giliran persi­dangan perwakilan bahagian.

Mesyuarat perwakilan bahagian yang bermula 1 Ogos lalu dan akan berakhir 15 September depan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh ahli parti.

Benar, 3.6 juta ahli UMNO memperjuangkan satu jenama politik – membela bangsa, agama dan tanah air. Slogan itu cantik tetapi amalannya kadang-kala tidak seindah mana.

Dalam lapisan muda kini, mereka harus dididik supaya mengenali budi bahasa politik dalaman UMNO yang dilandaskan kepada sistem yang bersih. Iaitu sistem yang berasas kepada budaya khidmat dahulu, imbalan kemudian.

Yang memimpin bahagian mesti mempunyai pemikiran dan idea yang jelas untuk mencapai matlamat ahli parti yang dipimpin.

Seorang pemimpin bahagian mesti merasai degupan jantung dan naluri rakyat dalam bahagiannya kerana hakikatnya pemimpin adalah kuda lejang atau serdadu perjuangan rakyat.

Mesti ada kalangan lapisan pemimpin bahagian – ketua, timbalan, naib ketua atau setiausaha bahagiannya -yang tahap pemikirannya bernas, jitu dan mudah difahami serta diikuti. Ini sekali gus kelak akan memberi impak, atau sekurang-kurangnya tempias kepada kekuatan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang. UMNO bukan parti kecil, sebaliknya adalah tonggak kepada 13 lagi parti yang menjadi komponennya.

Bagi seseorang ketua bahagian dan lapisan pemimpinnya, bercita-cita tinggi bukanlah perkara ganjil atau satu kesalahan. Malah, ahli politik yang tanpa cita-cita politik yang tinggi, bukan ahli politik namanya. Tidak salah memasang angan-angan sekalipun untuk mencapai kemuncak karier.

Cuma, daya dorong ini harus dikawal dengan kukuh melalui personaliti dan sahsiah berserta dengan sistem nilai yang berimbang.

Dalam politik, proses inilah yang banyak ketinggalan dan menelurkan pergeseran dan permusuhan. Apabila proses naik ke tahap atasan ini tidak terlandas kepada prinsip dan nilai yang teguh bermoral, maka akan wujud sengketa yang menjadikan kawan kepada lawan.

Dalam mengharungi cabaran getir hari ini, dengan parti pun masih terlepas genggaman majoriti dua pertiga untuk kali kedua (2013, sebelum itu 2008), pemimpin bahagian serta ahli parti harus menghindari golongan batu api.

Anasir ini ‘membakar’ – menghasilkan adu domba dan cucuk radak.

Pemimpin bahagian yang jurang fakulti pemikirannya agak dangkal dan tidak meluas akan mudah dikuasai go­longan batu api.

Dan akhirnya menjadi mang­sa olahan sendiri.

Zulkifli Jalil
– Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s