India Bakal Laksana GST Pada Kadar 17 – 19%, Jauh Lebih Tinggi Dari Malaysia

Posted on

gst

Tahukah anda, India akan melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar yang dicadangkan antara 17 hingga 19%? Kerajaannya menjangkakan GST dapat dilaksanakan pada April tahun depan.

Namun kadar berkenaan bukan semuanya dipersetujui oleh beberapa negeri di India sebaliknya ada negeri yang meminta supaya kadarnya dinaikkan lebih 20% berbanding 17-19% yang dicadangkan oleh penasihat ketua ekonomi India, Arvind Subramanian.

Negeri-negeri tersebut menuntut kadar GST dilaksanakan antara 20-22%. India yang mempunyai 1.3 bilion pengguna barangan itu dijangka memperoleh faedah daripada pelaksanaan GST melalui pertumbuhan ekonomi lebih pesat.

Di Malaysia, kadar GST yang dilaksanakan adalah 6% sahaja dan merupakan antara yang terendah berbanding negara lain.

Beberapa hari lepas, laporan kaji selidik Global Nielson menyatakan Malaysia naik lapan anak tangga menjadi negara ke-28 paling berkeyakinan di peringkat global pada suku kedua 2016 berbanding pada kedudukan ke-36 pada suku pertama, menurut laporan yang dibuat berhubung Keyakinan dan Keinginan Berbelanja Pengguna.

Nielsen merupakan sebuah syarikat pengurusan prestasi global.

Pengurus Negara bagi Nielsen Malaysia, Richard Hall, berkata negara mengalami penurunan nilai mata wang dan melepasi tahun pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tanpa memberi kesan yang ke­tara kepada kemerosotan ekonomi.

Kepada yang masih menentang GST, ingatkan kita perlu memandangkan ke depan kerana majoriti negara di dunia sudah melaksanakan sistem percukaian tersebut.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s