Pakatan Pembangkang,! Krisis Kepercayaan Sesama Sendiri

Posted on

pas_PH600

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan penyelesaian berhubung kegagalan mengadakan pilihan raya negeri sekadar alasan berlapik atau lakonan di hadapan media sahaja kerana pada hakikatnya pembangkang kini bergelut dalam krisis kepercayaan antara satu sama lain.

Jelasnya apa yang dikatkan selesai itu sebenar hanya permulaan kepada masalah yang makin membesar dalam pakatan pembangkang.

“Kegagalan mengadakan pilihan raya negeri adalah satu kekecewaan besar buat Dap terutama kepada Guan Eng dan puak-puaknya. Ia juga memperlihatkan sejauh mana kekuatan Dap atau Guan Eng dalam mengawal rakan-rakan politik mereka.

“Dap khususnya Guan Eng semakin goyang… mereka bukan sahaja gagal mendapat sokongan PKR malah dalam Dap itu sendiri ramai yang tidak berpuas hati dengan gaya politik Guan Eng dan suku sakatnya. Ramai di kalangan mereka sebenarnya membuat protes secara senyap,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, daripada mereka sibuk mengadakan bermain retorik untuk menyelamatkan nyawa politik ketua menteri mereka adalah lebih baik mereka selesaikan pelbagai masalah yang kini melanda dalam Dap itu sendiri termasuklah isu Jawatankuasa Eksekutif Pusat ( CEC) Dap yang sehingga kini tidak selesai.

Beliau turut menyelar Dap yang selama ini hidup mendongak langit kerana mereka perlu sedar kini sokongan terhadap Dap sudah semakin merudum.

“Ianya terbukti apabila PKR sendiri tidak lagi mahu tunduk kepada kehendak parti itu. Bangkai gajah tidak selamanya boleh ditutup… Jadi kini Dap tidak lagi boleh mendabik dada.. kerana sedar hakikat ini jugalah Dap tidak berani untuk buat PRN.

“Mereka juga dalam keadaan yang tidak menentu terhadap sokongan dalam parti mereka sendiri. Ini belum lagi tahap sokongan rakyat yang semakin jemu dengan tindak tanduk Dap yang hanya ghairah bermain politik sempit,” ujarnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s