Parti Baharu, Mahathir Dan Anwar Ibrahim Tiada Beza

Posted on

Tun-Mahathir-Anwar-Ibrahim

AYER KEROH: Menubuhkan parti politik baharu apabila tidak berpuas hati dengan pemerintah dilihat sebagai satu kitaran biasa dalam suasana politik masa kini.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron, beliau menyifatkan tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu sama seperti yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

“Ini sejarah. Ahmad Fuad Hassan kecewa tidak jadi presiden UMNO, buka PAS. Tengku Razaleigh Hamzah tidak puas hati dengan Tun M, buka Semangat 46. Anwar marah tidak dapat jadi perdana menteri, buka PKR.

“Kini, Tun M pula menjadi punca ilham kepada penubuhan parti baharu… semuanya parti serpihan daripada parti UMNO itu sendiri.

“Jadi bagi saya, tiada bezanya Tun M dengan Anwar,” kata Idris selepas perasmian pertandingan International Remote Control Powerboat Race sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka di Tasik Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Beliau, bagaimanapun, menganggap ‘kitaran’ itu sebagai sesuatu yang sihat dalam sistem negara berdemokrasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s