Penganjur BERSIH Semakin Mengarut, Tersasar Dari Tujuan Asal

Posted on

ISMAIL-BERSIH5

PUTRAJAYA – Penganjur Bersih 2.0 dilihat semakin tersasar daripada tujuan asal mereka iaitu mahu menuntut pilihan raya bersih yang diuar-uarkan selama ini, susulan pengumuman perhimpunan kelima untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi membawa mereka terbabit dalam skandal 1MDB ke mahkamah.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menegaskan bahawa pengumuman penganjuran Bersih 5 daripada NGO itu semalam jelas menunjukkan penganjur Bersih 2.0 akan mengadakan demonstrasi tanpa mengira apa jua isu yang timnul, dan bukan hanya sekadar mendesak pilihan raya yang telus.

“Dulu dia kata ini untuk pilihan raya, nak adakan supaya pilihan raya yang bersih peringkat Bersih 1, Bersih 2 dulu.

“Sekarang ini semua nak campur dah. Nak berarak kerana Jabatan Keadilan Amerika Syarikatlah, nak berarak kerana apa?” soalnya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mencadangkan agar penganjur program berkenaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 di Stadium Shah Alam, jika mereka tidak boleh menjamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman.

“Dulu pun kata nak berhimpun dengan aman, tapi pijak gambar dan sebagainya dan menimbulkan kontroversi besar.

“Saya tak nak kata tak bolehlah, pasal kebenarannya (diberikan) polis. Polis yang boleh benarkan atau tak benarkan. Tapi sebaik-baiknya tak payah,” tegasnya.

Semalam, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 tidak mengumumkan tarikh perhimpunan Bersih 5 akan diadakan, sebaliknya hanya menegaskan perhimpunan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan menyiasat 1MDB dengan telus.

Susulan itu, Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos yang ‘mengalu-alukan’ pengumuman itu, mengulangi komitmennya untuk mengadakan perhimpunan Baju Merah pada hari sama dengan Bersih 5.

“Ini bagi menghalang agenda kotor dan jijik puak-puak pengkhianat negara mencabul sistem demokrasi berparlimen di negara ini,” kata Jamal yang menyifatkan pengumuman Bersih itu sebagai langkah terdesak.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihat Bersih 2.0 supaya tidak terpesong daripada tuntutan reformasi sistem pilihan raya.

“Mereka sepatutnya tumpu isu pilihan raya adil iaitu matlamat mereka pada asalnya,” kata Khalid yang pernah menegaskan polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan bagi mendesak Perdana Menteri berundur, susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.

– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s