UK Iktiraf BR1M Sebagai Kaedah Terbaik Pertumbuhan Ekonomi

Posted on

br1m 2016 5

Ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan, 35 pakar ekonomi dunia pula pula berpandangan sebaliknya.

Ini kerana pakar ekonomi itu berpendapat pemberian wang tunai secara terus kepada isi rumah akan menjadi cara yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi lesu dan menjadi satu kaedah paling efektif.

Justeru mereka meminta Bank Pusat di UK untuk melaksanakan pemberian wang tunai secara terus ini.

Dalam surat yang ditulis oleh pakar-pakar ekonomi ini, mereka berpendapat cara-cara baru menjalankan dasar kewangan perlu dipertimbangan untuk menjana ekonomi terutama selepas UK keluar dari Kesatuan Eropah (EU)

Siapakah pakar-pakar ekonomi berkenaan? Mereka termasuk Andrew Watt dari Macroeconomic Policy Institute, Guy Standing (Universiti London), Josh Ryan-Collins (New Economics Foundation), Iqbal Asaria (Cass Business School), Nigel Dodd (London School of Economics), Ellen Brown (Public Banking Institute), Biagio Bossone (pengerusi Group of Lecce), Matthias Kroll (World Futures Council) dan Laurence Seidman dari University of Delaware.

rsz_brim4444

Cadangan itu dikemukakan oleh pakar-pakar terbabit selepas Perdana Menteri Britain, Terresa May memberikan tanda-tanda bahawa beliau memihak kepada perbelanjaan yang lebih tinggi dalam pelaburan.

Jika dilihat kepada cadangan pakar ekonomi berkenaan, Malaysia sudah pun melaksanakan pemberikan BR1M sejak 2009 sebagai satu cara untuk merangsang ekonomi.

Pemberian tunai secara terus ini seperti BR1M sudah dilaksanakan di banyak negara di dunia sejak beberapa tahun lalu termasuk di Singapura, India, Amerika Syarikat dan Brazil.

Namun Mahathir menganggap BR1M sebagai `dedak’ dan menjadi satu kesilapan terbesar Najib. Beliau menyatakan jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.

Hakikatnya, pemberian wang secara terus ini dapat mengelakkan ketirisan dan dalam masa yang sama hanya kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukannya akan menerimanya.

Ia disasarkan kepada golongan kurang berkemampuan dan itulah matlamat sebenar kerajaan dengan menjadikan golongan tersebut sebagai fokus utama.

Biarlah Mahathir mengkritik dengan pedas sekali pun kerana apa yang penting adalah rakyat terutama golongan bawahan yang dapat menikmati BR1M. Pedulikan Mahathir, rakyatlah keutamaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s