PM Najib Razak Nafi Malaysia Akan Gagal Di Bawahnya

Posted on

NAJIB_RAZAK-paroi_umno_agm-010815-TMINAZIRSUFARI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Malaysia akan gagal sekiranya beliau masih memegang tampuk pentadbiran.

Sebaliknya Najib yang juga presiden Umno berkata pertemuannya dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Presiden Indonesia, Joko Widodo sebelum ini bukti jelas beliau masih memainkan peranan penting selaku pemimpin negara.

Ini kerana Najib berkata kedua-dua pemimpin terbabit menerima baik pendekatan pentadbiran yang diguna pakai Malaysia.

“Kononnya kalau saya terus jadi PM negara akan gagal, saya tak nampak orang tak hormat Malaysia. Presiden Ukranie datang Malaysia tengok lapangan terbang kita dan beliau kata ‘kami tiada lapangan terbang baru di Istanbul’.

“Saya juga berurusan dengan Jokowi di Indonesia, beliau katakan banyak lagi projek yang dia mahu berikan kepada Malaysia. Apakah ini gambaran Malaysia gagal? Tidak,” kata Najib.

Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian pelancaran serentak Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian-Bahagian Seluruh Selangor di Dewan Kolej Mara Banting, Bukit Cangang, Kuala Langat di hadapan lebih 1,000 perwakilan Umno, hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s