Politik Terengganu Ibarat ‘Pertelingkahan Adik-Beradik’

Posted on

PUTRAJAYA – Menteri Besar Terengganu memberi jaminan rakyat Terengganu tidak perlu bimbang dengan kemelut politik yang berlaku di negeri itu ketika ini kerana semua isu berbangkit sudah selesai dan keadaan sudah kembali stabil.

Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan pergolakan politik yang berlaku di Terengganu hanya ibarat “pertelingkahan adik beradik”, malah perkara itu dapat menguatkan lagi solidariti dan pemuafakatan dalam kalangan wakil rakyat UMNO di negeri itu.

Beliau juga menjelaskan, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan diadakan Isnin ini dan tidak ada sebarang kejadian luar biasa dijangka berlaku pada persidangan itu.

“Saya sering berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa keadaan di Terengganu terkawal, tidak ada yang perlu dibimbangkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Anak Terengganu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini BH menyiarkan laporan kemelut politik di Terengganu, yang mana pada sidang DUN lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, membawa usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Ahmad Razif.

Kelmarin, EXCO kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib, turut mempertikaikan kewibawaan Ahmad Razif menerajui Terengganu.

Ahmad Razif berkata, masalah membabitkan Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal dan Ghazali kini di bawah kawalan dan ia perlu diterima sebagai perkembangan positif.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk terus memandang ke hadapan bagi memajukan rakyat serta ekonomi Terengganu,” katanya.

Ditanya sama ada akan menemui Najib dalam masa terdekat berhubung kemelut yang melanda pucuk pimpinan UMNO Terengganu, beliau berkata, itu tidak perlu kerana Perdana Menteri sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terkini berhubung isu itu.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s