Duka Lara,! 4,267 Guru Akan Disatukan Semula Dengan Pasangan

Posted on Updated on

022313prpljlflhfp5hdwl

TAPAH: Sejumlah 4,267 guru yang terpaksa berpisah dengan pasangan masing-masing kerana menjalankan tugas berjaya disatukan semula dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata lebih 20,000 guru berduka lara itu masih dalam pertimbangan pihak kementerian.

Menurutnya, dijangkakan menjelang hujung tahun ini, lebih banyak lagi permohonan dan kes mereka dapat diselesaikan apabila permohonan pertukaran dibuka semula September ini.

“Kebetulan tahun ini, tahun 2016, adalah tahun permulaan kepada umur 60 pencen ataupun bersara wajib, jadi ramailah yang dapat keluar dan pengisian boleh dibuat.

“Untuk pertukaran ini, kita beri keutamaan kepada yang telah lama berpisah dahulu,” kata Mahdzir.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah pada Sabtu.

Program khas untuk menyelesaikan duka lara guru-guru itu dimulakan sejak Mahdzir dilantik menjadi Menteri Pendidikan pada Julai 2015.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s