Curi Kayu Bakau,! 4 Warga Indonesia Didenda RM52,000 Seorang

Posted on Updated on

EMPAT warga Indonesia dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman kerana menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram bulan lalu. - Foto Jalal Ali Abdul Rahim
EMPAT warga Indonesia dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman kerana menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram bulan lalu. – Foto Jalal Ali Abdul Rahim

TAIPING: Empat warga Indonesia masing-masing didenda RM52,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menebang pokok bakau secara haram dalam kawasan hutan simpan.

Hakim Mohd Sabri Ismail memerintahkan tertuduh, Andi Setiawan, 21; Eko Rahani, 29; Edi Supriyono, 33 dan Surohman, 33, dipenjara selama tujuh bulan jika gagal membayar denda itu.

Mereka mengaku salah terhadap tuduhan pertama iaitu secara bersama menebang 493 batang pokok jaras bakau tanpa kebenaran di sebahagian kompartment 44, Pekan Simpan Teluk Kertang di daerah Larut dan Matang, tanpa kebenaran pada jam 1 petang pada 24 Julai lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Perenggan 81(1)(b) yang boleh dihukum di bawah perenggan 81(2)(b) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK), yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa secara bersama-sama memasuki hutan simpan kekal di tempat dan masa yang sama. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Sub Seksyen 47(1) yang boleh dihukum mengikut Sub Seksyen 47(4) enakmen sama yang dibaca bersama Seksyen 34 KK, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Mohd Sabri mengenakan hukuman denda maksimum iaitu denda sebanyak RM50,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama, manakala denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama sebulan bagi kesalahan kedua.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucutkan hak barang bukti termasuk 1,111 batang kayu jaras bakau dan dua alat pengangkutan air. Pendakwaan dikendalikan oleh Safiyatun Ahmad Dun dan tertuduh tidak diwakili peguam.
– Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s