Daesh,! 68 Pasport Rakyat Malaysia Dibatalkan

Posted on

fighters-getty (1)

1. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan kerajaan membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang dikesan meninggalkan negara untuk menyertai militan Daesh sejak dua minggu lalu.

2. Tindakan perundangan akan diambil mengikut Akta Imigresen bagi mereka yang pulang ke negara ini berikutan mereka tidak lagi mempunyai dokumen perjalanan sebagai warganegara.

3. Terdahulu menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, terdapat dua buah keluarga dari Shah Alam dan Ipoh didapati telah menjual harta mereka semata-mata untuk berjuang bersama militan Daesh.

4. Berdasarkan laporan yang diterima, rakyat Malaysia yang berada di Iraq dan Syria untuk berjuang bersama militan tersebut telah ditipu dan terpaksa bekerja sebagai penyapu sampah atau pencuci tandas. Mereka telah menyesal dan ingin pulang ke tanah air.

5. Walaubagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi dengan pengkhianat negara dan tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat Malaysia.

6. Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bom tangan yang dipercayai masih berada di tangan militan Daesh di negara ini. Dua daripada 10 butir bom tangan telah digunakan dalam serangan di sebuah pusat hiburan pada Jun lepas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s