Kekuatan UMNO Membolehkannya Bertahan Sehingga Kini – PM Najib

Posted on

NAJIB_RAZAK_050715_TMINAZIRSUFARI_04

LUMUT, 7 Ogos (Bernama) — Kekuatan UMNO membolehkan parti keramat orang Melayu itu terus kekal sehingga hari ini berbanding beberapa parti dominan yang seusia atau lebih tua daripadanya di negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata sebagai contoh Partai Golongan Karyawan (Partai Golkar) di Indonesia yang dianggap dominan seperti UMNO, tetapi hanya mempunyai seorang wakil dalam kabinet negara itu ketika ini.

“Bayangkan dahulu, kita kata parti Golkar dengan UMNO itu sama dominannya, kekuatannya. Hari ini Golkar tak macam kedudukan UMNO dalam konteks kekuasaan kita (UMNO).

“Parti Kongres India hari ini menjadi pembangkang tapi BJP (Bharatiya Janata Party) jauh lebih popular. Parti LDP (Liberal Democratic Party) di Jepun pernah kalah tapi dapat balik semula kuasa.

“Hanya parti UMNO kekal sebagai tonggak kerajaan kita hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Lumut di Seri Manjung di sini hari ini.

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 akan menyambut ulang tahun yang ke-70 tahun ini.

Dalam ucapannnya, Perdana Menteri turut mengingatkan anggota UMNO agar terus kekal setia dalam perjuangan menghadapi pelbagai cabaran kerana kelemahan parti akan mempengaruhi minda mereka.

“Sebagai parti yang berkuasa, kita perlu setia kepada UMNO dan perjuangan, setia sepanjang masa, sepanjang hayat, jangan (hanya) setia ketika dapat jawatan.

“Ada sesuatu yang merupakan buah hati (pemimpin) kita dapat, baru setia (dengan UMNO), tak dapat lari daripada UMNO. Jutaan anggota UMNO tak dapat apa-apa seperti pemimpin UMNO tetapi mereka tetap setia,” katanya.

Najib turut menegaskan UMNO bukan parti bersifat perkauman, sebaliknya ia sebuah parti yang bersifat inklusif.

“Pada 2013, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata saya hanya jaga orang Cina, kurang jaga orang Melayu. Tapi sekarang ini siapa yang duduk sebelah dan angkat tangan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang?” soal Najib.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa status kedudukannya sebagai presiden UMNO bukan ditentukan oleh mana-mana individu termasuk Dr Mahathir, sebaliknya ia ditentukan lebih 3 juta anggota parti.

Najib berkata walaupun pelbagai cabaran melanda UMNO ketika ini, namun kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun lalu bukti sokongan rakyat kepada parti dan Barisan Nasional terus melonjak.

“Pembangkang mahu jadikan ia (PRK) sebagai referendum, akhirnya referendum itu membawa kepada lonjakan majoriti yang menyokong kepada UMNO dan BN.

“Tetapi kita tidak angkuh dengan kemenangan ini, sebaliknya kita mahu menang besar pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pembinaan sebuah dewan baharu di Manjung yang dipohon Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s