Mah Sahkan Toh Letak Jawatan Ketua Wanita Gerakan Negeri Sembilan

Posted on

maxresdefault (2)

SEREMBAN, 7 Ogos — Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengesahkan telah menerima surat daripada Toh Bee Ling memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Wanita Gerakan Negeri Sembilan.

Beliau berkata Toh memaklumkan keputusannya itu dibuat atas faktor peribadi.

“Saya telah menerima surat peletakan jawatan beliau itu … (dan) saya menghormati keputusan beliau itu kerana beliau juga banyak berkhidmat kepada parti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Negeri Sembilan kali ke-41, dekat sini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Choong Vee Hing berkata Ketua Wanita Gerakan Bahagian Kuala Pilah Loo Lee Chin dipilih sebagai Pemangku Ketua Wanita Negeri Sembilan menerusi persetujuan sebulat suara pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Wanita Gerakan yang dipengerusikan Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe hari ini.

“Loo dipilih sebulat suara sebagai pemangku Ketua Wanita Gerakan Negeri Sembilan. Mengikut perlembagaan parti, Loo akan memangku jawatan itu sehingga pemilihan akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Toh, Choong berkata beliau dimaklumkan bahawa presiden parti telah menerima surat Toh tiga hari lepas.

Toh dipilih Ketua Wanita Gerakan Negeri Sembilan selepas pemilihan parti pada 2013 selepas menang tanpa bertanding dan turut menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat Wanita Gerakan.

Toh turut dilantik sebagai Setiausaha Agung Wanita Gerakan pusat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang dan beliau bagaimanapun meletak dua jawatan tersebut awal tahun ini.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan, Mah yakin parti itu mampu memperoleh sekurang-kurangnya satu kerusi sama ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senawang atau DUN Bukit Kepayang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Ini berdasarkan sokongan masyarakat Cina telah mula kembali kepada Barisan Nasional (BN). Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kemenangan dan akan membantu rakan-rakan komponen (Barisan Nasional) yang lain,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s