Parti Mahathir,! Akan Menyebabkan Perpecahan Perpaduan Melayu

Posted on

mahathir-azmin-moidin-kit-husam-533x400

Parti baharu yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mensasarkan golongan bumiputera dilihat semata-mata hanya untuk memecah belahkan Melayu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Moktar Radin ia sekaligus menunjukkan Muhyiddin langsung tidak yakin dengan kaum bukan bumiputera.

“Mungkin Muhyiddin beranggapan dengan memberi fokus kepada perjuangan bumiputera ianya akan melemahkan UMNO dan berkemungkinan Muhyiddin tidak ada keyakinan terhadap kaum bukan bumiputera dalam memperjuangan parti baharu itu.

“Kita sedar penubuhan parti baru ini akan menarik ahli UMNO yang kecewa namun masih ramai ahli UMNO sanggup mempertahankan UMNO,” katanya pada Khamis.

POSTER BUNG DAN MUHYIDIN Bung juga optimis UMNO akan bertahan kerana sejarah menunjukkan partinya pernah diuji pelbagai cabaran sejak ditubuhkan, termasuklah pernah diharamkan pada 1988.

“Demikian juga apa bila Anwar Ibrahim dipecat timbul parti Keadilan dan sehingga kini masih tidak diterima rakyat secara menyeluruh,” jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Muhyiddin dijadual mengemukakan permohonan penubuhan parti politik baharu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) esok, selepas jawatankuasa penaja (protem) parti itu ditubuhkan semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik sebagai presiden, diiringi perlantikan enam bekas pemimpin UMNO lain ke jawatankuasa itu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha.

Ahli lain ialah bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi iaitu anak kepada bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid, aktivis Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin.
– Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s