Pil Kuda Dan Kita

Posted on

Pil-Kuda-600x320

Pil Kuda atau bahasa saintifiknya Methamphetamine iaitu dadah sintetik campuran bahan kimia. Kandungan dalam pil kuda antaranya:

1) Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan
cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
2) Serbuk Kaca Kalimantang
3) Pencuci lantai
4) Klorox
5) Ubat Nyamuk
6) Abu tulang manusia yang dibakar (seperti habuk kaca)

Dikatakan hampir 70% adalah darilada bahan kimia dan 30% adalah dimasukkan dadah. Dimaklumkan oleh pihak kajian, kesan pil kuda adalah 6 kali ganda daripada jenis dadah biasa. Manusia yang mengambil pil ini boleh membawa kepada tidak siuman, kerana pil ini akan mengganggu saraf otak manusia.

Jumlah yang besar golongan yang mengambil dan menyalahgunakan pil ini sekitar umur 16 hingga 45 tahun.

10492345_769134679785349_5516654431537199718_n
Rizduan Ibrahim bersama Nor Azmawi Ab Rahman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas

Laporan daripada pihak berwajib, telah mengeluarkan statistik negeri yang mencatat nilai tertinggi iaitu negeri Kelantan. Kemungkinan kerana negeri ini berdekatan dan bersempadanan dengan negara Thailand. Negeri yang digelar “serambi mekah” yang berketurunan kepada Islamik yang tinggi, boleh mencatat peratusan yang tinggi dalam gejala ini, ia satu persoalan yang perlu kita kupaskan secara bijaksana.

Ekoran daripada itu, masalah jenayah seperti pecah rumah dan mencuri sangat meruncing saban hari di kelantan pada masa ini. Masalah ini merupakan masalah secara bersama, baik kerajaan pusat, negeri, ibubapa, pihak sekolah dan masyarakat. Bak kata pujangga “muafakat membawa berkat”. Walaupun Ada pihak mengatakan umur remaja dan anak muda yang terjebak gejala pil kuda pada hari ini, adalah mereka yang dilahirkan pada zaman kelantan di bawah pentadbiran PAS, dan pihak kerajaan negeri pula membalas perlu report pada polis atau aadk lah. Sesuatu tidak akan selesai, jika kita menunding jari satu sama lain, ia merupakan tanggungjawab secara bersama.

Bagi saya cukup merisaukan, jika masalah ini kita biarkan, akan menjadi perosak kepada negara, bangsa dan agama. Seperti mana kata daripada Dr. Yusof Alqardawi “jika ingin lihat pemimpin masa depan, lihatlah generasi pada hari ini”. Ini lah yang perlu kita perjuangkan dan membela, demi kehidupan di masa depan. Pihak kerajaan perlu lah mengambil serius dan perlu menyediakan peruntukan yang besar kepada pihak AADK atau komuniti seperti CCH yang di wujudkan setiap daerah. Manakala pihak yang bertanggungjawab, jangan lah pula menggunakan peruntukan seperti melepas batuk di tangga. Pihak sekolah perlulah melaksanakan program secara istiqomah dan beriktizam yang tinggi, bukan sekadar program untuk menghiasi takwin tahunan semata-mata. “PEMUDA UMNO PASIR MAS BENCI DADAH”

MOHD RIZDUAN IBRAHIM (Cikgu Wan)
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s