Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM7,000

Posted on Updated on

PDRM logo

SEREMBAN, 8 Ogos — Polis merampas 265 gram dadah jenis methamphetamine dan 10 gram daun ganja yang kesemuanya bernilai RM7,760 dalam dua serbuan berasingan di sini, pada 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Zaki Harun berkata dalam dua serbuan itu di Taman Seremban Jaya dekat sini, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 21 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kira-kira 4 petang pada 5 Ogos lepas, seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya. Kita turut merampas tiga paket plastik lutsinar mengandungi 33 ketul bahan dipercayai methamphetamine seberat 55 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi daun kering dipercayai ganja seberat 10 gram.

“Hasil serbuan pertama itu juga, polis mengesan seorang lagi suspek dan membuat serbuan kedua di taman yang sama dan menahan seorang lelaki dan merampas satu beg plastik mengandungi paket-paket lutsinar yang diikat seberat 210 gram,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Mohamad Zaki percaya dengan penahanan dua lelaki terbabit, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah Seremban dan kawasan sekitarnya.

“Namun, kita akan teruskan siasatan kerana mungkin ada anggota sindiket sama yang masih bergerak di sekitar Seremban,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan sehingga 10 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s