Provokasi Sidang DUN Terengganu, Polis Beri Amaran

Posted on Updated on

sidang-dun-terengganu-555x290

Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas sesiapa yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu.

“Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak.

“Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung…biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini, Polis Terengganu mengesan satu gerakan bergelar ‘Gelombang Kuning’ yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.

Polis tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana ia menyalahi di bawah Akta Hasutan.

“Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s