Sidang DUN Terengganu,! ADUN Ajil U-turn

Posted on

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil yang mencetuskan kontroversi mempersoalkan kewibawaan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar, membuat pusingan U.

Ketika ditemui pemberita di luar bilik persidangan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata tegurannya kepada Ahmad Razif adalah perkara biasa dan nasihat seorang abang kepada adik bagi memantapkan jentera pentadbiran dan UMNO.

“Tiada apa pun sebenarnya yang berlaku. Saya anggap perkara ini biasa sahaja dan ia hanya teguran daripada seorang abang kepada adik untuk saling ingat mengingati,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini disensasikan oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk memprovokasi dan mencetuskan perbalahan sesama wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

“Kami bekerja seperti biasa sebagai satu pasukan dan kepemimpinan BN yang akan terus berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat,” katanya.

– Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s