Sultan Melaka,! Lelaki Didakwa Di Mahkamah Majistret

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-08 at 4.31.56 PM

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, terhadap tiga pertuduhan mengaku sebagai Sultan Melaka dan memperdayakan seorang lelaki membayar RM2,100 bagi mendapatkan persalinan diraja Melaka.

Sabirin Yusof, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa menipu Poniran Sumardi, 55, dengan mengaku sebagai Sultan Melaka dan boleh menolong mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai yang semua berjumlah RM2,100, dalam kejadian pada Mei lalu, di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Yusri Ahmad yang hadir bagi pihak peguam Nordin Hussin.

Siti Asmah memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun tertuduh dalam rayuan menerusi peguamnya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang paling rendah dengan alasan tertuduh perlu menyara dua isteri dan 16 anak dengan gaji sebanyak RM1,800 sebulan sebagai pengawal keselamatan, selain sentiasa memberi kerjasama dengan pihak polis.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini sebagai tarikh serahan dokumen.
– Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s