Tanpa Muhyiddin, UMNO BN Boleh Pergi Lebih Jauh

Posted on

Muhyiddin-Yassin

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yakin parti itu boleh pergi lebih jauh tanpa bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, Muhyiddin yang kini keluar mewujudkan parti baharu tidak langsung memberi gelombang baharu buat UMNO BN, malah pemecatannya dari parti tersebut tidak langsung menjejaskan ahli UMNO BN seluruhnya.

Jelasnya lagi, hal ini dapat dilihat sendiri ketika Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan peringkat bahagian sekaligus menunjukkan kesatuan dalam kalangan ahlinya.

“Saya tak nampak satu gelombang baru yang berlaku. Dia sendiri pun tidak menyediakan wadah baru yang memikat. Ideologi dan pemimikiran pun jenis lama. Tak ada yang menarik dan tak ada yang baru pun. Balik balik pecat Najib tumbangkan Najib, 1MDB, RM2.6 bilion.

“Sudah-sudahlah. Ajarlah pula kami orang orang baru ni bagaimana nak jadi pemimpin tersohor akan datang untuk ganti dia lagi bagus.

“Saya yakin BN boleh berjaya tanpa beliau. Insya’Allah dengan izin Allah,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Mengulas lanjut mengenai strategi yang diguna bagi menawan kembali Selangor, Nadzari turut berkata yang parti itu mengambil pendekatan untuk tidak menyerang antara satu sama lain supaya parti dilihat kekal utuh dan relevan.

“Kita memilih pendekatan ‘smart swarm strategy yang mengambil kira karakter dan cara yang berbeza-beza lain padang lain belalang.

“Seperti sekumpulan semut walupun mereka mundar-mandir dan berselisih laluan tetapi tetap tidak berlaga. ini langkah pertama yang mengambil kira perbezaan dan mengeratkan persefahaman.

“Kalau dengan semua ini kita lakukan, kata-kata Datuk Seri Najib “tembok kemustahilan” boleh dipecahkan untuk kami menawan semula Selangor, ini satu ungkapan pembakar semangat bagi barisan jentera BN seluruh Selangor. Kalau PM yakin kenapa tidak kami,” ujarnya.

– BNBBC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s