Tiga Tahun Tidak Boleh Berniaga Jika Salah Guna Lesen Kafe Untuk Judi – Mohamad

Posted on

AqfHvEdtgIKBQ3hi9xKYZkiQZVt4ANJ5AYWaCYKqcSht

SEREMBAN, 8 Ogos — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilik atau penyewa premis didapati menyalahgunakan lesen perniagaan kafe dengan menjalankan kegiatan judi haram tidak akan dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan selama tiga tahun.

Beliau berkata tindakan tegas itu bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab ini tidak terus mengambil kesempatan melalui lesen perniagaan kafe yang diberikan bagi membanteras kegiatan haram itu.

“Selain itu, tuan punya kedai atau premis mesti bertanggungjawab dengan apa jua jenis perniagaan dijalankan di premis mereka yang disewakan, kalau didapati digunakan untuk perjudian haram, premis itu tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan selama tiga tahun,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Penguatkuasaan Judi Haram akan menjalankan serbuan dan pemantauan bagi memastikan premis judi haram yang telah diambil tindakan tidak kembali beroperasi, katanya.

Mohamad berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-Chennah) yang mahu tahu usaha yang diambil kerajaan negeri bagi memastikan premis judi haram yang telah ditutup tidak lagi kembali beroperasi, pada persidangan kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-13 di sini hari ini.

Mohamad berkata di bawah akta berkaitan jenayah judi ketika ini, berlaku pertindihan antara bidang kuasa polis dan pihak berkuasa tempatan dan usaha sedang dilakukan untuk membolehkan penalti lebih berat dikenakan bagi memastikan masyarakat bebas masalah judi atau masalah tidak bermoral.

Katanya sejak beliau memberikan kata dua kepada pihak berkuasa kira-kira dua minggu lepas, kegiatan judi haram nampaknya banyak berkurangan.

“Setakat ini selepas saya berikan kata dua kepada pihak berkuasa, Tampin sifar dengan kegiatan judi haram, daerah lain ada lagi walaupun majoriti sudah tiada … kita juga telah keluarkan arahan sampingan kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan dan pihak TNB potong bekalan bagi premis yang terlibat, kerjasama ini penting,” katanya.

Beliau berkata mereka yang berada di premis judi ini juga akan ditahan dan didakwa.

Sidang DUN ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s