Tujuh Laporan Polis Telah Diterima Pergaduhan Penyokong Perak Dan JDT

Posted on Updated on

PDRM logo

Ipoh: Tujuh laporan polis telah diterima setakat ini berhubung insiden rusuhan penyokong pasukan Perak dan Johor Darul Takzim JDT di Stadium Perak malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Superintendan Sum Chang Keong dalam kenyataan media yang dikeluarkan – ia membabitkan dua laporan kecederaan anggota polis dan lima laporan polis oleh penyokong Perak.

Jelasnya – kejadian berlaku selepas perlawanan tamat apabila kedua dua penyokong pasukan menyanyikan lagu berunsur provokasi diikuti dengan tindakan agresif kedua pihak dengan membaling objek seperti botol minuman dan mercun.

Pergaduhan juga tercetus diantara kedua dua penyokong selama beberapa minit sebelum dileraikan pihak polis.

Keadaan berjaya dikawal pihak polis selepas 30 minit dan penonton telah diminta meninggalkan Stadium kira kira jam 12.30 malam.

Manakala pemain dan penyokong JDT telah diiringi anggota polis sehingga ke Lebuhraya sejam kemudian.

Dalam kejadian itu – polis berjaya menahan dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun yang juga penyokong JDT kerana membawa suar ke dalam Stadium.

Bagaimanapun kedua dua lelaki tersebut telah dibebaskan atas jaminan polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Manakala satu kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksan dan satu lagi kertas siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai gambar dan video insiden berkenaan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s