Zahid Seru UMNO Selangor Contohi Kesatuan Kelip-kelip

Posted on

ZAHID-HAMIDI-UMNO_PC_111215_TMISETH_04

KUALA SELANGOR, 7 Ogos — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru anggota dan pemimpin UMNO di Selangor mencontohi kesatuan kelip-kelip sebagai dorongan untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada PKR.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun seekor kelip-kelip kecil hanya akan kelihatan di kejauhan sahaja tetapi apabila ratusan ribu atau jutaan kelip-kelip bersatu, ia akan mengeluarkan cahaya sangat terang dan memancar-mancar.

“Seperti di Selangor, jika kita satukan semua anggota dan pemimpin UMNO di seluruh negeri ini insya-Allah kita akan dapat merampas semula bumi Selangor untuk diberikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Maka semua anggota dan pemimpin UMNO wajib bertindak seperti kelip-kelip yang keluarkan banyak cahaya apabila bersatu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor Datuk Ishak Haron. Ahmad Zahid yang menjalankan tugas timbalan presiden UMNO turut mengingatkan pemimpin parti di Selangor supaya tidak lupa daratan apabila sudah ada kedudukan.

“Bila Allah beri tanggungjawab pada kita, jangan lupa pada yang pernah beri sokongan pada kita. Bila ada peruntukan yang boleh diluluskan jangan tolong kaum keluarga atau sahabat sahaja tetapi bantu mereka yang memerlukan, itu tanggungjawab seorang pemimpin.

“Ubahlah minda untuk jadi pemimpin berjiwa rakyat. Tanam budaya terbaik dari segi politik dan jauhi politik sate yang suka ‘mencucuk dan mengipas’ serta politik ikan keli yang suka ‘mengeruhkan keadaan dari dalam parti’. Bila Allah beri nikmat, jangan lupa diri,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s