AKSB Tumpu Pelaksanaan Projek Segera

Posted on

Kerja Kosong Air Kelantan Sdn Bhd

KOTA BHARU : – Pengurusan baru Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini menjelaskan akan menumpukan kepada pelaksanaan beberapa projek segera yang boleh membantu penduduk negeri ini menikmati bekalan air bersih secepat mungkin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kerjaraya, Utiliti dan Pembangunan Maklumat, Haji Hanifa Ahmad, melalui pelaksanaan projek segera di beberapa Jajahan akan dapat menyelesaikan masalah penerimaan air bersih yang dihadapi rakyat selama ini.

“Saya amat berharap pengurusan baru di bawah Ir Haji Wan Zamri W.Ismail dan dengan kerjasama padu dari seluruh ketua-ketua Jabatan dan Jurutera Jajahan akan dapat mengenal pasti permasalahan pengguna di Jajahan terutamanya dalam penerimaan air bersih yang dibekalkan oleh AKSB: ujar beliau.

WhatsApp Image 2016-08-09 at 3.29.23 PM

Haji Hanifa ditemui semasa mengadakan sessi perjumpaan beliau bersama Pengurusan baru terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan Jurutera Jajahan di Ibu Pejabat AKSB hari ini.

Beliau juga berkata di samping penyelesaian projek kecil, pihak AKSB juga kini sedang menumpukan kepada kerja-kerja pembangunan naik taraf Loji Merbau Chondong dan Migrasi Air.

Sementara itu, menurut Pemangku Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri W. Ismail, pihak AKSB amat menyedari terdapat sesetengah kawasan mengalami kesukaran mendapat bekalan air bersih dan dengan mengadakan projek segera, ia akan sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

“InsyaAllah dalam masa terdekat dua kawasan yang telah dikenal pasti oleh pengurusan baru AKSB ialah di Dun Temangan dan Dun Tawang, kita akan menggunakan kepakaran Rejimen Askar Jurutera Air yang anggotanya adalah sepenuhnya dari kakitangan AKSB sendiri” katanya.

Ir Wan Mohd Zamri juga berharap penduduk di negeri ini yang melihat sebarang kebocoran terutamanya di jalan – jalan utama dan jalan kampung agar dapat membuat laporan kepada AKSB melalui talian tol free yang disediakan iaitu 1-300-88-2572.

“Kita menyedari akibat tekanan air yang kuat dilepaskan oleh pihak loji, banyak paip lama yang beroperasi akan mengalami pecah dan rosak, ini akan mengakibatkan berlakunya kehilangan air bersih yang sepatutnya sampai kepada pengguna, sehubungan itu kerjasama sepenuhnya dari orang ramai agar dapat melaporkan kepada AKSB sekiranya melihat berlakunya kebocoran dan pihak kami akan bertindak dengan segera dalam membaikpulih paip yang pecah itu”katanya lagi.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Pengarah Eksekutif AKSB Haji Mohd Rashid Mohd Yusoff.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s