Dilema Anak Muda Kelantan,! Mahu Bekerja Di Negeri Sendiri

Posted on Updated on

Flag_of_Kelantan.svg

Tanyalah mana-mana anak kelantan di luar sana, adakah mereka mahu pulang bekerja di negeri kelahiran mereka. Sudah pasti sebahagian besar akan mengatakan mereka sangat mahukan. Baik mereka yang bekerja sendiri dan makan gaji sektor awam atau swasta. Namun apakan daya, peluang pekerjaan amat terhad dan persaingan yang tinggi di negeri kelantan.

Rata-rata anak kelantan memiliki sijil, diploma dan ijazah, malahan ramai juga sampai ke peringkat master dan PHD. Mereka inginkan pendapatan yang setimpal dengan apa yang mereka miliki, namun semua itu terhidang di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya.

Kurangnya peluang pekerjaan dan punca pendapatan yang rendah, merupakan FAKTOR PENOLAK untuk mereka berhijrah ke luar daripada negeri mereka. Oleh kerana kurangnya ruang dan peluang disediakan di negeri Kelantan serta tidak banyak PENYEBAB TARIKAN untuk bekerja di bumi sendiri, akhirnya keputusan hijrah menjadi pilihan anak kelantan. Menjadi dilema terutama anak muda kelantan yang baru mencari identiti kehidupan masing-masing.

Kesan penghijrahan anak kelantan ini, mendatangkan pula kesan-kesan secara tidak langsung itu sendiri. Misalnya disebabkan ramai yang berhijrah, penyusutan penduduk di Kelantan akan berlaku. Kecairan aliran ekonomi di Kelantan agak perlahan dan tanah-tanah banyak terbiar serta tidak diusahakan, menyebabkan tauke-tauke besar mengambil ruang dan peluang yang ditinggalkan ini. Malahan apabila kurangnya penduduk maka kesan lain turut juga berlaku. Jika dahulu dalam satu-satu sekolah, jumlah dalam kelas pasti mencecah antara 35 – 45 orang sekelas. Sekarang ini kebanyakan antara 25 – 35 orang sekelas. Kesan ini berbangkit pula peluang kepada anak kelantan menjadi guru untuk berpindah dan mendapatkan tempat.

Walaupun kos harian lebih tinggi di negeri luar, seolah-seolah anak kelantan terpaksa menerima, kerana itulah rezeki mereka yang ada. Malahan kerja yang dilakukan di luar sana lah yang membolehkan mereka membina kehidupan serta mampu memelihara keluarga dan ibubapa di kampung.

MOHD RIZDUAN IBRAHIM (Cikgu Wan)
Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s