Fitnah,! PAS Baru Sedar Peranan Sarawak Report

Posted on Updated on

pas-SR

KINI baharu PAS sedar tentang peranan portal Sarawak Report (SR) di Malaysia. Mana-mana pihak yang dilihat berbaik dengan UMNO dan kerajaan akan menjadi sasarannya. Media asing yang berpangkalan di London itu merupakan ‘lidah’ rasmi untuk parti-parti pembangkang dan pihak yang berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mudah cerita, jika PAS masih kekal bersama pakatan pembangkang lain, SR tidak akan berani menyerangnya, malah mungkin memberi bantuan pula. Lihatlah kehancuran Syria, Aghanistan, Iraq dan terbaharu cubaan rampasan kuasa di Turki. Campur tangan kuasa asingmenjadi punca pergolakan.

Pendedahan SR kononnya pemimpin Pas ditawar sejumlah wang (RM90 juta) oleh Perdana Menteri agar parti itu menjauhkan diri daripada Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN), mencemar dan mengaibkan nama baik Pas yang mana Islam menjadi dasar perjuangannya.

Tuduhan itu bukan sahaja berniat jahat, malah bakal menghakis kepercayaan orang ramai terhadap PAS. Dakwaan itu juga tentunya disasarkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib selaku Presiden UMNO.

Memang menjadi dasar luar bagi kuasa besar untuk meneruskan agenda ‘pecah dan perintah’ di negara yang dikuasai dan dipimpin oleh umat Islam.

PAS juga perlu ingat, jika tidak ada pihak yang mengundangnya atau ‘memberi muka’, SR tidak mungkin berani bertindak biadap terhadap kepimpinan negara, khususnya Datuk Seri Najib Razak.

Penyiaran maklumat kewangan yang dipalsukan, ketirisan dokumen rahsia termasuk kandungan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB adalah antara contoh kejahatan ‘orang dalam’ yang bersekongkol dengan SR.

Pengarang SR, Clare Rewcasle Brown mengakui menyiarkan laporan itu hanya berdasarkan ‘kecurigaan yang meluas’. Mudah sungguh Brown memberi jawapan.

PAS yang sekarang tidak lagi serumah dengan DAP dan terbelah dua hingga lahirnya PAN, kini menjadi ‘lapang sasar’ baharu oleh laman sesawang ‘musang berbulu ayam’ berjenamakan negeri Sarawak itu.

Bagi membersih nama baik dan imej PAS, parti itu tidak mempunyai pilihan kecuali menyaman SR. PAS bukanlah sebuah parti yang mudah dibeli seperti parti lain yang ditaja oleh sekutunya.
– KLXpress

Advertisements

One thought on “Fitnah,! PAS Baru Sedar Peranan Sarawak Report

    […] Baca: Fitnah,! PAS Baru Sedar Peranan Sarawak Report […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s