Ramasamy Biadap Hina Tun M – GAUM

Posted on

IMG_7511

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy menghina Tun Dr Mahathir adalah satu perkara yang biadap dan tidak wajar, menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM), Zulkarnain Mahdar.

Empat orang pemimpin yang setia dengan bekas Perdana Menteri itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Khairuddin pula ujar beliau, tidak seharusnya membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.

“Tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy menuduh Tun Mahathir sebagai pemimpin ‘tua tapi tidak bijaksana’ adalah jelas satu penghinaan yang cukup melampau terhadap Tun Mahathir.

“GAUM dan Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta agar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir termasuk Khairuddin bangkit mempertahankan Tun Dr Mahathir. Keempat-empat pemimpin ini tidak seharusnya membiarkan P. Ramasamy melakukan perbuatan yang sedemikian rupa terhadap Tun Mahathir,” kata Zulkarnain menerusi satu kenyataan.

Menurutnya lagi, walaupun Mahathir kini sudah tidak sehaluan dengan pimpinan UMNO dan BN, namun tiada satu pun pemimpin dari parti pemerintah itu yang mengeluarkan kenyataan menghina dan merendah-rendahkan beliau.

Ini katanya amat berbeza dengan DAP walaupun kini Mahathir telah bersama dengannya di dalam misi untuk menumbangkan kerajaan BN.

“Adalah tidak wajar pemimpin seperti Tun Mahathir dibiarkan dihina sedemikian rupa lebih lebih lagi apabila ianya melibatkan oleh pemimpin DAP. Perbuatan Ramasamy ini adalah jelas satu tindakan yang cukup biadab dan sangat keterlaluan.

“Walaupun berbeza fahaman politik kesemua pimpinan UMNO dan BN tidak pernah mengeluarkan kenyatan yang menghina dan merendah rendahkan Tun Mahathir. Berbeza fahaman politik bukanlah modal bagi pemimpin UMNO dan BN berbuat demikian. Ini amat berbeza dengan pimpinan DAP. Walaupun Tun Mahathir kini dilihat bersama sama DAP didalam perjuangan menumbangkan kerajaan BN namun serangan dan penghinaan terhadap Tun Mahathir tetap dilakukan terhadap Tun Mahathir oleh pemimpin DAP.

Justeru itu katanya, keempat-empat pemimpin yang dinyatakan itu perlu menyerang semula Ramasamy di atas penghinaan yang tela dilakukan.

“Sehubungan dengan itu GAUM dan Pakatan NGO Pro BN meminta sekali lagi agar keempat-empat pemimpin setia Tun Mahathir iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Khairuddin bangkit menyerang semula YB Prof P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang di atas penghinaan yang telah dilakukan oleh P . Ramasamy terhadap Tun Mahathir tersebut,” katanya.

Portal berita Malaysiakini baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang dibuat Ramasamy yang mengulas mengenai video Mahathir yang menyebut perkataan ‘keling’ yang telah menjadi viral ketika ini.

“Siapa kata dengan usia datang kebijaksanaan? Mahathir mungkin mempunyai pengalaman politik bertahun-tahun tetapi dia tidak punya kebijaksanaan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Video yang berdurasi selama 25 saat itu dipercayai dirakam dalam acara “Selamatkan Malaysia” di Langkawi pada Mei lalu. Tun Mahathir dilihat secara berjenaka berkata: “Kata apa… orang Keling kata ‘podah’. Ini bohong.”

Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat oleh En Murali Subramaniam terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung video tersebut dan menggesa pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap Mahathir kerana didakwa menyakiti hati rakyat Malaysia berketurunan India dengan menggunakan istilah ‘KELING’ itu dalam video berkenaan.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s