Simpanan Shariah KWSP,! Bukan Hanya Mencari Keuntungan

Posted on

KWSP simpanan shariah

KENYATAAN MEDIA

 

SIMPANAN SHARIAH KWSP; BUKAN HANYA MENCARI KEUNTUNGAN

Purata pulangan dividen KWSP (2000-2015) sekitar 5.5%. Meskipun negara berdepan kemelut ekonomi negara pada tahun 2008, KWSP tetap mampu memberi pulangan dividen sebanyak 4.5%. Pelaburan KWSP konvensional memberikan jaminan dividen kepada pencarumnya sebanyak 2.5% setahun dalam apa keadaan sekalipun sepertimana yang termaktub pada Seksyen 27, Akta KWSP 1991. Ia sangat memberikan tahap ‘keselesaan’ terhadap pelaburan dan skim simpanan jangka panjang pencarum.

Ir-KhairilIsu pengurusan operasi dan pelaburan KWSP bertambah menarik dan dinamik apabila tinjauan survey yang dilakukan pada April 2015 menunjukkan sebanyak 71% responden mahu supaya KWSP memperkenalkan skim simpanan persaraan patuh Syari’ah. Terbukti, pada hari ini ramai pencarum berpusu-pusu ke seluruh cawangan KWSP untuk menukar akaun mereka kepada mod simpanan Syari’ah meskipun mereka tidak dijamin dengan kadar dividen sebanyak 2.5% setahun.

Persoalannya, apakah yang mendorong pencarum beralih kepada simpanan Syari’ah? Sudah tentu, mereka yakin bahawa kewangan yang diuruskan secara bebas riba’, gharar dan maysir pasti akan dijamin keberkatan serta keredhaan daripada Allah SWT. Perspektif mereka terhadap keuntungan menjangkau aspek material semata-mata. Inilah maqasid Syari’ah yang dicari sekiranya hukum-hakam Syara’ yang berkaitan dipatuhi terlebih dahulu. Tahniah juga kepada barisan panel pelaburan Syari’ah KWSP yang terdiri daripada barisan ulama’ mu’amalat kerana telah berusaha merencana agenda yang mulia ini.

Pelaksanaan Syari’ah tidak boleh berjuzuk atau selektif. Ia mesti meliputi segenap kehidupan manusia samada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pelaksanaan Syari’ah yang betul akan mencapai matlamat Syari’ah (Maqasid Syari’ah) yang sebenar iaitu untuk membawa kemaslahatan, menolak kemudaratan, mengundang kebaikan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredhaan Allah. Jika majoriti rakyat yakin dengan pengurusan operasi dan pelaburan KWSP yang berteraskan Syari’ah, maka mengapa tidak rakyat juga memberikan keyakinan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355?

Pindaan RUU 355 bukan segala-galanya mengenai hudud, qisas dan ta’zir. Ia adalah sebahagian kecil usaha PAS untuk memartabatkan institusi dan peranan Mahkamah Syariah serta hukuman sedia ada setelah lebih 30 tahun tiada apa-apa pindaan. Sudah tentu, usaha yang kecil ini adalah untuk memastikan ia selaras atau lebih menepati hukum-hakam Syara’ disamping untuk mengecapi hikmah Syara’ yang tersirat disebalik pelaksanaannya. Saya percaya keinginan rakyat terhadap pindaan RUU 355 ini juga melangkau kepentingan dunia, iaitu dengan memburu keredhaan Allah yang lebih utama.

Sekian.

IR Hj KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s