[Video] Saya Pilih Tunai Tanggungjawab Kepada Negara Dan Rakyat Dari Mengikut Arahan Mahathir – Najib

Posted on

najibwawancarakhususmetro1(1)

METRO TV : Tadi anda menyebut nama Dr Mahathir. Bagaimana hubungan anda dengan Dr Mahathir? Beliau adalah bekas mentor anda?

NAJIB : Memang Dr Mahathir menyokong kuat saya dahulu dan menjadi mentor saya selama inj, tetapi beliau ada sifat mahu mengawal, mahu jadi penentu kepada apa sahaja keputusan dasar-dasar negara walaupun dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Maknanya Dr Mahathir obses mengenai kawalan. Sayapun sudah mengenali beliau lama dan saya cuma ada dua pilihan sebagai Perdana Menteri.

Pertama, samaada saya seorang Perdana Menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat nasihat beliau. Saya kata nasihat tapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau. Dari segi pentadbiran negara bermakna saya tidak menjadi Perdana Menteri yang mutlak, saya akan jadi Perdana Menteri yang dengar cakap beliau. Atau saya jadi Perdana Menteri yang percaya terhadap kepemimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan kepada mandat rakyat telah berikan kepada saya, parti telah berikan kepada saya. Maka saya harus lakukan apa yang terbaik kepada negara dan saya bertanggungjawab kepada rakyat.

METRO TV : Pilihan mana yang dipilih?

NAJIB. : Saya pilih yang kedua. Maknanya saya pilih menjadi Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada rakyat, membuat apa yang difikirkan yang terbaik kepada negara. Tetapi saya tahu kesannya, tentu Dr Mahathir tidak senang hati dengan saya. Sebab sejarah membuktikan bahawa dia telah mencuba dan telah menolak dan membuang ramai pemimpin dalam kerajaan sejak dahulu.

SEDUTAN WAWANCARA NAJIB BERSAMA METRO TV

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s