Nenek Dipenggal Cucu

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-09 at 11.52.58 PM

KOTA TINGGI: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala dipenggal dan kaki serta tangan dipotong, dipercayai oleh cucunya sendiri yang mengidap penyakit mental, dalam kejadian di rumahnya di FELDA Pengeli Timur, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal, malah kedua-dua kaki dan tangan kanan mangsa turut dipenggal suspek berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata kepala mangsa yang dipenggal diletakkan hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di ruang dapur di bawah singki.

“Kedua-dua kaki dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya kelihatan tangan sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa.

“Senjata yang digunakan ialah sebilah pisau empat hingga tujuh inci panjang yang dijumpai di dalam pasu bunga di luar rumah.

Suspek yang melarikan diri memasuki ladang sawit berhampiran bagaimanapun berjaya ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung pada jam 8.30 malam tadi,” katanya. Rahmat berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s