Parti Mahathir,! Pemuda Jangan Mudah Terkeliru Dengan Parti Baharu

Posted on

51470751051_Khairy

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah penubuhan parti baharu yang dinaungi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu harus dilihat sebagai pesaing kuat UMNO.

UMNO juga katanya harus mula mengurus persepsi dan sentimen supaya tiada ahli parti yang terpedaya dan keliru.

“Kita tidak ambil mudah cabaran (parti baharu). Kita yakinkan ahli kita bahawa kita harus beri penekanan serius sebab sentimen terhadap Tun Mahathir masih ada di kalangan ahli-ahli kita dan kita tidak mahu mereka terkeliru dan memberi sokongan kepada parti baharu ini. Kita kena nyatakan parti baru ini parti lawan untuk UMNO,” katanya selepas mesyuarat Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO itu lagi, ahli dan penyokong UMNO harus diberi penerangan tentang isu-isu berkaitan yang dibangkitkan Parti Bersatu itu sekiranya diluluskan nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Beliau turut mengumumkan nama parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terbuka kepada semua warganegara.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s