Puteri UMNO,! Norhashimah Mengingatkan Ahli Jaga Tingkah Laku

Posted on

ALOR SETAR – Puteri UMNO Kedah mengingatkan ahlinya agar menjaga tingkah laku dan mematuhi peraturan mesyuarat parti dalam menghadapi PRU -14 yang dilihat akan lebih mencabar.

Ini kerana setiap gerak-geri dan aktiviti mereka akan sentiasa mendapat perhatian apatah lagi oleh musuh-musuh politik bagi melemahkan UMNO.

Nasihat itu disuarakan oleh ketuanya, Datin Norhashimah Md Nowar yang mahu seluruh ahli fokus kepada agenda mesyuarat bahagian sekarang di samping persiapan menghadapi PRU-14.

“Gerak kerja Puteri UMNO kini berada di dalam ‘gear empat’ walaupun tarikh pilihan raya umum masih jauh,” katanya ketika di temui Klxpress semalam.

Kata beliau, Puteri Kedah sudah bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti terutama bagi mengemas kini data dan rekod pemilih.

Mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan Puteri bahagian-bahagian, Norhashimah menjelaskan, ianya lancar dan setakat ini tidak ada usul-usul yang bertentangan dengan kehendak parti.

Puteri Kedah menyokong penuh kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kata Nohashimah

Walaupun berlaku kemelut politik semasa perlalihan kuasa Menteri Besar Kedah awal tahun ini, ia tidak menjejaskan fokus ahli Puteri UMNO untuk membantu merampas semula Parlimen dan DUN yang tewas pada PRU-13.

“Kami lebih mengutamakan usaha memperkasakan Puteri berbanding perkara lain memandangkan parti dan pemimpin UMNO kini sedang diasak oleh pembangkang dan juga serangan dari luar, “katanya lagi.

Sementara itu beliau yakin ahli Puteri tidak akan berubah hati walaupun ada kemungkinan parti baharu bakal muncul dan menyertai PRU akan datang, kata Norhashimah.

Beliau turut menyokong cadangan bagi memanjangkan had usia ahli Puteri kepada 40 tahun.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s