Remaja Didera,! Periuk Panas, Besi Dan Kayu Jadi Habuan Kerana Lambat Tolong Ibu

Posted on

51470747084_DeraRemaja

KUALA TERENGGANU: Periuk panas, besi dan kayu jadi habuan seorang remaja berusia 17 tahun kerana dikatakan lambat membantu ibunya di kedai makan.

Remaja tersebut dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Menurut abang mangsa, Mohamad Nazrul, 18, adiknya sering mengadu didera oleh ibu dan bapa tirinya itu.

“Sebelum kakinya bengkak, dia kena pulas dan oleh ayah tirinya semasa mereka bertengkar… bertengkar sebab apa saya pun tidak tahu sebab waktu itu saya masih bersekolah.

“Bila saya balik, saya tengok adik saya dah tak boleh bangun,” katanya ketika ditemui di hospital.

Mohamad Nazrul juga mengharapkan agar keadaan adiknya akan pulih seperti sediakala.

“Saya mahu dia bahagia, hidup macam orang lain,” katanya sambil tertunduk sedih.

Adiknya itu yang kini sedang dirawat, disahkan mengalami jangkitan kuman di kedua belah kaki dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mangsa memberitahu pegawai perubatan bahawa dia sering dipukul bapa tirinya selepas beberapa kesan kecederaan lama ditemui pada anggotanya.

Menurut Wan Abd Aziz, mangsa mendakwa didera ibu dan bapa tirinya menggunakan periuk panas, kayu dan besi.

Hasil pemeriksaan, pihak perubatan mengesahkan wujudnya kesan penderaan dari paras pinggang ke atas.
Siasatan juga mendapati mangsa tidak bersekolah sejak berusia 13 tahun, malah mangsa juga tidak memiliki kad pengenalan.

Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun jam 9.34 pagi Selasa manakala bapa tirinya yang berusia 46 tahun diberkas jam 12.10 tengahari di Kampung Wakaf Dua, Marang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s