Rio Olympics,! Skuad Terjun Berikan Sokongan Padu Buat Jun Hoong Dan Pandelela

Posted on

71470755015_WomenSwimming

SKUAD terjun negara memberikan sokongan padu terhadap Cheong Jun Hoong yang akan bergandingan bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform terjun seirama selepas melakukan kesilapan yang menyaksikan Malaysia terlepas pingat sulung Sukan Olimpik Rio 2016.

“Peratusan Jun Hoong-Pandelela untuk meraih pingat, persiapan mereka sangat mantap, tidak mustahil buat mereka untuk meraih pingat dalam acara 10m platfom nanti,” kata Amsyar.

“Ini merupakan penampilan sulung di Olimpik, perjalanan kami masih jauh dan telah memberikan yang terbaik,” kata Dhabitah.

Itu antara sokongan terhadap Jun Hoong selepas hanya meraih tangga kelima 3m papan anjal terjun seirama kerana beraksi bersama Dhabitah.

Skuad negara berharap penerjun kelahiran Perak itu melupakan kesilapan terbabit kerana acara selepas ini jauh lebih penting.

“Saya mempunyai tiga acara adalah sangat penting buat saya, saya akan cuba yang terbaik dalam dua lagi acara,” kata Jun Hoong.

Gandingan Jun Hoong/Pandelela meraih gangsa 10m platfrom terjun seirama Kejohanan Dunia 2016.
Mereka juga mengekalkan momentum ketika meraih pingat pada Kejohanan Siri Dunia, Piala Dunia dan Grand Prix Asia sekaligus menjadi harapan utama skuad terjun menyumbang pingat.

Pandelela, pemenang pingat gangsa acara 10 meter platform individu Sukan Olimpik London 2012, akan memulakan aksinya dalam acara 10m platform seirama bersama Cheong Jun Hoong pada pukul 4 petang Selasa waktu tempatan di Rio de Janeiro (3 pagi Rabu waktu Malaysia).
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s