Sehebat-hebat Dr. M, Hebat Lagi Anak Tun Razak

Posted on

12593814_10153295531335952_6834046697894797767_o

TATKALA bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed tidak henti-henti menyerang keperibadian dan cara kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak sekarang ini, Perdana Menteri itu tidak langsung “memberi muka” atau tunduk kepada negarawan itu.

Jika dilihat dengan hanya sekali imbas, pastinya orang beranggapan bahawa Najib Tun Razak seorang yang tidak berperikemanusiaan dan biadap kepada seorang Negarawan. Namun sebenarnya tindakan Najib Tun Razak tidak pedulikan permintaan Dr Mahathir adalah tindakan dipihak yang benar.

Ramai tidak tahu (mungkin sekarang beransur tahu) bahawa Dr Mahathir sengaja menggunakan isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan kemewahan hidup Najib Tun Razak sebagai alat untuknya menyerang Perdana Menteri keenam itu. Namun disebaliknya, Dr Mahathir mempunyai “senarai kehendak peribadinya sendiri” yang harus diikuti oleh mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang menggantikan Dr Mahathir selagimana dia masih hidup.

Najib Tun Razak bukan seorang lelaki yang mengikut tanpa sebab, menyokong tanpa tujuan, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kerana rakyatnya, bukan kerana Dr Mahathir.

Sebab itu Najib Tun Razak sentiasa berikrar untuk terus bekerja demi rakyat selagimana beliau masih diberi kepercayaan sebagai seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dalam masa yang sama, Najib Tun Razak tidak pula menegah atau menyekat mulut Dr Mahathir untuk terus mengkritik dirinya dan kepimpinannya sekarang ini. Sejak dari hari pertama Dr Mahathir menyerang Najib Tun Razak, sehinggalah ke saat ini (saat artikel ini ditulis), tidak ada langsung penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Najib Tun Razak untuk menghalang Dr Mahathir daripada menyebarkan fitnahnya.

Walaupun begitu, tak bermakna Najib Tun Razak merestui dan menyukai apa yang difitnahkannya itu. Sebab itu berulang kali Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau sentiasa terbuka untuk disiasat oleh sesiapapun berpandukan tuduhan demi tuduhan oleh Dr Mahathir keatas dirinya. Syaratnya, haruslah dengan fakta dan jika beliau didapati bersalah, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatannya.

Malah yang terbaru, Najib Tun Razak tidak menghalang untuk bekas bossnya itu (Dr Mahathir) bersama-sama bekas-bekas orang kananya seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan parti baharu bagi melawan dirinya dan parti keramat UMNO.

Ada Najib Tun Razak cuba sekat? Tidak ada sama sekali. Najib Tun Razak membuka dan mengamalkan sistem demokrasi seluas-luasnya kepada sesiapapun selagimana mereka tidak melanggar undang-undang dan hukum hakam agama yang disyariatkan.

Adakah Najib Tun Razak masih dianggap kejam dan berkelakuan tidak baik kepada Dr Mahathir? Jika kamu berkata “ya”, semak semula diri dan otak anda.
– Tv14

Advertisements

One thought on “Sehebat-hebat Dr. M, Hebat Lagi Anak Tun Razak

    Jalaludin said:
    August 10, 2016 at 18:21

    Assalamualaikum DPSNajib the best ever Prime Minister after Tun Abdullah in the Mahathir’s era and Mahathir is the worst Prime Minister Malaysia had….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s