22 Tahun ‘PENGECUT’,! Mahu Tunjuk Berani Dari Atas Katil Pula?

Posted on

mahathir1 (1)

HEBAT sangatkah boleh mencabar orang lain untuk berdebat dari katil hospital? Sedangkan sakit adalah antara tanda-tanda bahawa Allah mahu memberi peringatan kepada hambaNya beserta suatu proses pengampunan dosa hamba-hambaNya itu.

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

Namun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed masih tidak memperdulikan sama ada dia sedang sakit mahupun tidak. Dia tetap meneruskan serangannya keatas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak disebabkan cita-citanya untuk melihat anak sendiri menjadi pengganti dirinya.

13906687_658995810934143_9206117600729915125_n

Tindakan Mahathir mencabar untuk berdebat dengan Perdana Menteri walaupun ketika dia sedang berada dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hanya dilihat sekadar mahu meraih simpati. Disamping itu, ia juga tidak lebih hanya mahu meneruskan gelombang persepsi yang cuba diapi-apikan oleh kumpulan “Anti Najib” ini.

Pada dasarnya, Mahathir masih seorang pengecut dan tidak akan sesekali mahu berdebat dengan sesiapapun. Dia tahu bahawa Perdana Menteri tiada keperluan untuk berdebat dengannya kerana isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Mahathir semuanya picisan dan fitnah.

Jadi, Mahathir sudah tahu jawapan kepada sahutan debat ini adalah “tidak mahu”, sebab itu Mahathir berani mencabar. Cuba ada pihak lain (pihak ketiga) yang mencabar Mahathir untuk berdebat, pastinya Mahathir akan menyindiri dan menjadi trauma seketika.

Dia tidak akan sesekali berdebat kerana dia takut untuk berdebat. Kalau dia seorang pendebat atau berani berdepan dengan pentas debatan, pastinya sudah 22 tahun dia akan berdebat dengan semua orang atau pihak lawannya.

Apa “game” Mahathir sebenarnya? Dia hanya mahu membentuk persepsi buruk keatas Perdana Menteri. Sebab itu dia tidak mampu, tidak akan dan tidak mahu mencabar selain daripada Perdana Menteri.

Silap hari bulan, jika dia cuba mencabar mana-mana tokoh lain dalam UMNO untuk berdebat dan sahutan itu disahut, maka dia tidak ada pilihan lain lagi, mesti turun berdebat. Sedangkan memang sikap Mahathir adalah seorang yang pengecut untuk berdebat.

Jadilah rakyat yang berakal, jangan terus menafsir gerak geri Mahathir dengan satu “layer” tafsiran semata-mata. Fikirkan apa yang tersirat disebalik setiap serangan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri ini.

–Tv14

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s