ASEAN Mahu Bebas Jerebu Menjelang 2020

Posted on

81445951373_jerebuindon

KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN bersetuju untuk menggunakan Pelan Hala Tuju ASEAN dan pelaksanaannya ke arah mencapai sebuah rantau yang bebas daripada jerebu menjelang 2020.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia adalah hasil perbincangan Mesyuarat dalam Persidangan Pencemaran Jerebu ASEAN ke-12 melibatkan lebih 100 perwakilan yang berlangsung di sini pada Khamis.

Katanya, turut dicadangkan ialah penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN, ataupun ASEAN Coordinating Center (ACC), yang akan beroperasi di Indonesia.

Sementara itu, beliau juga dimaklumkan Indonesia telah mengerakkan 3,000 anggota polis dan tentera bagi mengawal aktiviti pembakaran terbuka di negara itu.

“Saya yakin, berdasarkan pendekatan proaktif yang diambil kerajaan Indonesia, masalah jerebu di negara ini dijangka tidak seburuk tahun lalu,” kata Wan Junaidi dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Katanya lagi, pada 2015, Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada Indonesia, termasuk meminjamkan tiga pesawat Bombardier bagi membantu mengawal kebakaran hutan di negara itu, serta menghantar anggota bomba berkemahiran tinggi.

Menteri-menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari negara ASEAN juga bersetuju bagi mesyuarat persidangan seterusnya akan diadakan di Brunei Darussalam pada 2017.
– Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s