DAP Tolak Untuk Kerjasama Dengan Parti Mahathir Kerana Rasis

Posted on

rara-sekdem-1024x652

Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang baru ditubuhkan.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan, Chiong Yoke Kong, parti yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, pasti gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang progresif hari ini.

“Dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus digunapakai lagi.

“Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara Umno dengan Pribumi dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib,” katanya dalam satu kenyataan media, malam semalam.

Chiong juga membidas Pribumi kerana meneruskan amalan diskriminasi berdasarkan bangsa dan warna kulit.

Beliau berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku presiden pro-tem Pribumi, menyatakan dengan jelas bahawa bukan bumiputera hanya boleh menjadi ahli bersekutu dan memegang jawatan yang dilantik.

Muhyiddin berkata demikian selepas memfailkan pendaftaran parti itu pada Selasa lalu dengan beberapa bekas pemimpin Umno.

“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya.

Chiong berkata Muhyiddin mungkin berfikir Pribumi tidak perlu menampilkan unsur kepelbagaian kerana hanya akan bertanding di kawasan Umno.

Namun, katanya, tindakan terus mengamalkan diskriminasi kaum seperti mana politik lama yang diamalkan Umno pastinya tidak akan mendapat sokongan rakyat kerana amalan politik perkauman tidak mampu membawa mesej perubahan dan reformasi yang diinginkan rakyat.

“Akhirnya gelombang perubahan tidak akan wujud lagi dan rakyat khususnya pengundi Melayu luar bandar tidak akan mengundi Pribumi disebabkan kurangnya keyakinan terhadap Pribumi.

“Parti politik baharu yang terus mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia dan sebaliknya hanya akan menjadikan wabak perkauman terus bermaharajalela di tanah air ini.

“DAPSY dengan tegasnya menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti Pribumi yang tiada bezanya dengan Umno,” katanya.

Pribumi menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun penyokong mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s