Jentera UMNO Pahang Bersiap Sedia Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14

Posted on

WhatsApp Image 2016-08-11 at 16.19.10

TEMERLOH: Jentera UMNO di Pahang bersiap sedia menjalankan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tumpuan gerak kerja lebih fokus untuk menawan hati dan minda rakyat.

Ujarnya ia sebagai menyahut seruan dalam mesyuarat ketua-ketua bahagian perhubungan UMNO di Kuala Lumpur malam tadi yang meminta supaya menggerakkan persiapan untuk pilihan raya akan datang.

Jelasnya, mesyuarat perwakilan UMNO negeri Pahang berjalan lancar setakat ini dan berjaya mengeratkan ikatan persaudaraan antara ahli lebih-lebih lagi dengan kehadiran anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Beliau ditemui media di Majlis Sillaturrahim dan Ramah Mesra serta Penyampaian Notis 5A Rancangan Pemulihan Kampung (RPK) Desa Baru Purun di Temerloh.

Tambah Datuk Seri Adnan, Badan Perhubungan UMNO Pahang tiada masalah dan sentiasa utuh bersatu memberikan sokongan padu kepada Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan anggota MT lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s