Parti Mahathir,! Bersatu Akan Senasib PAN, Semangat 46

Posted on

2016-08-11-PHOTO-00012272

PENUBUHAN Parti serpihan baharu UMNO, Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memiliki persamaan dengan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Semangat 46. Ketiga-tiga parti itu lahir daripada kekecewaan bekas pemimpin berikutan kekalahan dalam pemilihan dan gagal menjatuhkan pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Jika PAN mahu mengganti PAS, Bersatu pula berhasrat mengambil alih peranan UMNO dan bercita-cita besar menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Parti baharu, semangatnya pun baharu. Berkobar-kobar seperti mana pemain bola sepak sebelum bermula perlawanan.

Cuma yang membezakan Bersatu dan PAN ialah parti ‘tajaan’ DAP itu bercita-cita untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri PAS di Kelantan manakala Bersatu pula ‘berselera tinggi’ untuk menumbangkan UMNO, sekaligus menerajui Putrajaya.

Tanpa niat untuk memperlekehkan parti baharu yang dilihamkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, Bersatu perlu membuktikan dahulu bahawa penubuhannya bukan kerana kepentingan diri.

Jika bukan kerana kepentingan diri dan kroni, bekas pemimpin UMNO itu tentunya tidak akan menentang Presiden UMNO dan berusaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

Jika bukan kerana kepentingan peribadi, Dr. Mahathir tidak mungkin meninggalkan UMNO dua kali berturut-turut (semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak).

Bagaimanapun tindakan UMNO memecat keahlian Muhyiddin dan Mukhriz) adalah langkah terakhir untuk menyelamatkan parti daripada terus bergelora.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika ditemubual oleh sebuah akhbar tabloid semalam menyatakan, agenda penting Bersatu ialah memperjuangkan kebajikan rakyat.

Bukankah UMNO sejak awal penubuhannya telah dan terus memperjuang hak pribumi dan membela rakyat selepas parti berjaya menuntut kemerdekaan?

Jika itu tujuan teras parti baharu itu ditubuhkan, UMNO merupakan pentas terbaik kerana sudah mempunyai asas yang kukuh, keahlian teramai dan ikatan yang erat selain telah membuktikan kemampuannya.

Bukankah Dasar Ekonomi Baharu (DEB), Felda, UiTM, Tabung Haji, MARA, pemberian kouta untuk bumiputera dan berbagai institusi dan agensi lain juga lahir hasil perjuangan UMNO?

Bukankah pemimpin yang berpakat menubuhkan Bersatu itu juga berjaya dalam kerjaya dan politik masing-masing kerana perjuangan dan sokongan ahli UMNO.

Jika tidak, mana mungkin Dr. Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan mahupun parti.

Menjadi resam mana-mana parti yang baharu ditubuhkan, rakyat akan diletak sebagai keutamaan bagi mendapatkan sokongan dan memenangi pilihan raya.

Bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia, adalah sukar untuk memenuhi atau pun memberi kepuasan kepada setiap rakyat.

Parti pembangkang pun sebelum ini meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan di negeri yang dikuasainya, juga gagal menunaikan janji untuk membela rakyat.

Bercakap dan berjanji memanglah amat mudah, tetapi untuk menunaikannya amat payah.

Di satu sudut, kelahiran parti baharu yang bakal dipimpin oleh bekas Timbalan Persiden UMNO itu memberi kekuatan baharu kepada UMNO. Ini kerana parti keramat orang Melayu itu akan berusaha memperkasakannya dan memenangi hati rakyat.

Jika Bersatu bergabung dengan DAP, PKR dan PAN dalam Pakatan Harapan, ianya bakal mendapat tentangan hebat penyokong dan ahli UMNO/BN.

PAS yang bermusuh dengan DAP dan pernah ‘disakiti’ oleh PAN juga bakal menggandakan ‘bala tenteranya’.

Soalnya sekarang, mahukah DAP dan PKR menerima parti baharu itu dengan seikhlas hati. Sanggupkah DAP, PKR mengorbankan kerusinya kepada Bersatu pada PRU ke -14 nanti?

Bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang pernah disingkirkan oleh Dr. Mahathir, melihat parti baharu itu tidak mampu menggugat kesatuan BN walaupun diterjui oleh bekas pemimpin UMNO.

Malah, menurut Musa, satu ‘malapetaka’ akan berlaku dalam pakatan pembangkang jika Bersatu memilih ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’.
– KLXpress

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s