Parti Mahathir,! Ku Li Tidak Nampak Mendapat Keyakinan Rakyat

Posted on

11 OGOS : Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak melihat parti baharu, PRIBUMI yang ditubuhkan dapat menyakinkan rakyat, malahan pembangkang juga sehingga hari ini gagal.

Pemimpin veteran UMNO itu berkata PRIBUMI akan menghadapi kesukaran menarik generasi muda menyertainya kerana mereka lebih bersikap terbuka dalam soal perpaduan kaum.

“PRIBUMI akan menghadapi kesukaran meyakinkan rakyat. Pembangkang pun menghadapi kesukaran,” katanya mengulas keahlian parti itu yang hanya terhad kepada Bumiputera dan Melayu.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri pesta kebudayaan Melayu dan Cina di Universiti Malaya pada Khamis.

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menghantar borang permohonan penubuhan parti baharu, PRIBUMI kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li itu juga menolak perbandingan di antara Semangat 46 yang pernah dipimpinnya dengan PRIBUMI yang menunggu kelulusan RoS.

Veteran Umno itu berkata Semangat 46, yang dibubarkan pada 1996, merupakan usaha menyekat bekas ahli UMNO daripada menyertai parti lain sekiranya mereka tidak setuju dengan UMNO Baru yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan mahkamah pada 1988 yang mengisyhtiharkan UMNO tidak sah.

“Maka menubuhkan Semangat 46 lebih mudah kerana ia melibatkan ahli UMNO sahaja,” katanya.

Kemuncak perpecahan itu menyaksikan perebutan untuk jawatan presiden UMNO di antara Dr Mahathir dan Razaleigh, yang tewas tipis dengan 43 undi.

Ku Li juga menganggap parti PRIBUMI naungan Dr Mahathir merupakan platform politik baharu dan “tidak siapa pun yang berminat menyertainya”, katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s